Ewon sempurnakan perasmian majlis pecah tanah The Jardin Sentul

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick telah menyempurnakan perasmian Majlis Pecah Tanah The Jardin Sentul milik Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (KPSPB).

Advertisements

Ini merupakan projek usahasama KPSPB selaku pemilik tanah dan Menarez Development Sdn. Bhd selaku pemaju projek.

Melalui usahasama ini, Menarez Development Sdn. Bhd akan membangunkan sebuah blok 29 tingkat Residensi Wilayah dengan 322 unit kediaman pada harga RM300,000.00. Projek dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM120,000,000.00 ini juga adalah selari dengan objektif asal penubuhan KPSPB untuk menyediakan kemudahan rumah mampu milik kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur termasuk anggota Koperasi.
KPSPB adalah sebuah Koperasi perumahan yang ditubuhkan pada 8 Disember 1965 di bawah Akta Koperasi 1993 dengan keanggotaan sebanyak 277 anggota, terdiri daripada Bumiputera di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Koperasi ini telah mula menjalankan projek-projek pembangunan hartanah dari tahun 1980 khususnya di kawasan sekitar Mukim Sentul dan Kuala Lumpur.
Bagi menggalakkan gerakan koperasi menceburi bidang hartanah, kemudahan
Tabung Modal Pusingan (TMP) dengan had pembiayaan sehingga RM30,000,000.00
disediakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada semua koperasi yang layak.

Ini merupakan inisiatif SKM dalam menyokong ekosistem pembangunan
perniagaan koperasi yang kondusif dan mampan dan selaras dengan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM) 2021-202

Ewon berkata perolehan tahunan sektor koperasi sebanyak RM45.5 billion dengan kekuatan keluarga koperasi seramai 7.03 juta orang merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Kerajaan juga mengiktiraf peranan koperasi dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan percaya gerakan koperasi berupaya membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Berdasarkan perangkaan SKM, sejumlah 308 buah koperasi sektor perumahan telah didaftarkan, dengan perolehan melebihi RM128 juta.

Usaha dan inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh KUSKOP menerusi SKM dalam membantu sektor perumahan bertepatan dengan aspirasi teras satu MADANI iaitu memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi Gerakan Koperasi yang holistik
sekali gus melonjakkan pendapatan negara di samping memberi keuntungan dan manfaat kepada ahli koperasi serta rakyat secara keseluruhannya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles