Cubaan terdesak terakhir Mahathir untuk dilihat relevan – Anwar

Sumber Malaysiakini

Advertisements

KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Dr Mahathir Mohamad bahawa tindakan kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum adalah melanggar perlembagaan sebagai cubaan terakhirnya untuk kelihatan relevan dalam politik masa kini.

Anwar berkata bekas perdana menteri itu, telah kehilangan pengaruhnya selepas pilihan raya umum ke-15 yang menyaksikan kekalahan besar di kerusi Langkawi.

“(Mahathir) hilang deposit di Langkawi, saya rasa kita tidak patut ambil serius sangat.

“Sudah tentu, (ini) percubaan terakhirnya untuk dilihat relevan. Saya akan menjadikan dia tidak relevan.

“Saya tidak akan mengulas mengenainya,” kata Anwar semasa sesi soal jawab pada Persidangan Undang-undang Malaysia Antarabangsa di Hotel Shangri-la di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysiakini melaporkan bahawa Anwar
menjawab soalan bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Christopher Leong, yang menjadi moderator sesi itu, sekiranya ada kesan daripada komen Mahathir itu.

Anwar berkata dia tidak faham mengapa negara ini masih perlu “terperangkap” dalam isu negara ini milik kaum apa.

Menurut Anwar, beliau seorang Melayu yang menghormati budaya, tradisi, raja dan bahasa Melayu tetapi itu tidak bermakna beliau perlu bersikap perkauman dan menafikan hak rakyat Malaysia yang lain.

Sebaliknya, kata Anwar kerajaan Madani akan menggunakan “semua kuasa dan sumber” yang mereka ada untuk menangani keadaan yang semakin tegang.

Perlembagaan, katanya, amat jelas mengenai kedua-dua kedudukan istimewa orang Melayu serta menjaga kebajikan semua warganegara Malaysia.

— Malaysiakini

Related Articles

253FansLike

Latest Articles