UMNO Kinabatangan sumbang 27 ekor lembu untuk ibadah korban tahun ini

KINABATANGAN: UMNO Bahagian Kinabatangan menyumbang 27 ekor lembu kepada beberapa Pusat Daerah Mengundi dalam kawasan Parlimen itu sempena sambutan hari raya Aidilhadha tahun ini

Advertisements

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Bung, berkata sumbangan lembu itu sebahagian daripada tradisi yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Kinabatangan setiap tahun.

Mohd Kurniawan berkata, lembu-lembu yang disumbangkan akan diserahkan kepada jawatankuasa Masjid atau Surau disetiap kawasan yang terpilih untuk proses selanjutnya termasuklah agihan kepada penduduk kampung yang terlibat.

“Diperingkat daerah mengundi kita akan serahkan kepada jawatankuasa masjid atau surau bersama penduduk kampung yang terlibat untuk proses penyembelihan dan agihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyerahkan sumbangan lembu untuk ibadah korban bagi Zon Kinabatangan dekat sini pada kahmis.

Mohd Kurniawan yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, penyerahan lembu korban itu secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat perpaduan dan muafakat dalam kalangan masyarakat.

“Pada masa sama, ibadah korban ini juga akan mendekatkan diri kita dengan Allah dan memberi peluang kepada golongan tidak berkemampuan untuk mendapatkan daging lembu korban terbabit.

“Menerusi ibadah korban juga akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat bantu membantu dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, pada Jumaat Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Jafry Ariffin turut menghadiri majlis ibadah korban bagi daerah mengundi Suan Lamba.

Selain menyertai masyarakat Islam setempat dalam proses penyembelihan dan penyerahan daging-daging Lembu kepada penduduk Jefry juga turut bersama umat Islam setempat Solat Jumaat di masjid Kampung berkenaan.

Hadir sama di majlis tersebut Ketua Wanita UMNO Bahagian Kinabatangan Hajah Aminah Johan jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles