LAHAD DATU: Pengarah Jentera Pilihanraya UMNO Sabah Jeffery Noor Mohmed menggesa agar kepimpinan UMNO bahagian dan cawangan empat peringkat di seluruh negeri bersiap sedia seolah-olah Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU-16) dan PRN akan diadakan esok.
Beliau memetik saranan yang sering diucapkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin “Kalau mahu menang buat kerja cara orang mahu menang” ysng menurut Jeiffery ungkapan itu perlu di sambut seluruh kepimpinan dan ahli UMNO di negeri ini sebagai satu ingatan jika ingin melakar kejayaan pada setiap perjuangan yang dilakukan
“Kita jangan anggap PRU atau PRN lama lagi akan berlangsung jadi kita santai-santai dulu…ungkapan ini tidak boleh diguna pakai , sekarang ini kita anggap seolah-olah esok pilihanraya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas megadakan sesi taklimat libat urus Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah bersama kepimpinan UMNO bahagian Lahad Datu di sini baru baru ini.
Hadir sama di majlis tersebut Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu Sharif Musa Sharif Mabul, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datuk Hajah Saleha Wahid dan Naib Ketua UMNO bahagian Lahad Datu Datin Maizatul Akmam Alawi.
Menurut Jeffery yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan adalah penting untuk meletakkan parti diatas apa juga keadaan sebab UMNO/Barisan Nasional akan berdepan dengan pilihanraya dan yang pastinyq PRN dijangka diadakan kurang dari dua tahun dari sekarang.
Jelas Jeffery lagi, semua pemimpin UMNO dan ahli akar umbi perlu meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan individu atau puak tertentu.
“Dalam satu tahun ini banyak benda yang telah kita lakukan, sekarang ini merupakan selekoh terakhir dimana kita kena gembelingkan semangat dan rapatkan barisan dan ketepikan perbedaan selepas pemilihan dalam parti baru baru ini, fokas kita adalah untuk Pilihan Raya yang bakal kita hadapi tidak lama lagi,” jelas Jeffery.
Tambah Jeffery, ahli parti sedia maklum kebekalangan ini UMNO di Sabah berdepan dengan pelbagai cabaran antaranya UMNO sebahagian dari parti yang membentuk kerajaan Perpaduan di peringkat pusat namun di Sabah UMNO dianggap seperti parti pembangkang yang seharusnya memberikan suntikan semangat kepada pemimpin dan ahli bahawa UMNO adalah parti keramat perjuangannya bukan lahir di atas jalanan atau terbentuk atas dasar lompat parti.
Sehubungan itu, effery mahu jentera parti diperkemaskan dari sekarang termasuk daftar pengundi di satu kawasan, daftar ahli UMNO perlu sentiasa dikemaskinikan bagi memastikan segala data yang ada adalah data yang diperakui kesahihannya.
“Selain jentera parti diperkemaskan kini, segala bentuk program mendekati akar umbi perlu diaktifkan, tidak perlu dalam sekala yang besar, yang penting UMNO sentiasa ada di sisi rakyat dalam saat suka dan duka,” katanya.