Penyakit Diabetes, Hipertensi Ancaman Serius Kepada Masyarakat – Awang Aslee

KOTA KINABALU: Penyakit Diabetes (Kencing Manis) dan Hipertensi (Darah Tinggi) merupakan ancaman serius akibat berpunca daripada gaya hidup serta corak pelaksanaan yang kurang sihat.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, ketika ini ancaman penyakit ini bukan lagi datang dari penyakit berjangkit membabitkan Demam Kepialu, Demam Denggi dan Malaria sekali gus memerlukan masyarakat perlu peka dalam kehidupan seharian mereka.

Katanya, oleh itu masyarakat dituntut untuk memilih gaya hidup sihat termasuk kerap melakukan senaman sambil mengamalkan corak pemakanan lebih baik serta terurus.

“Kita lihat ketika ini masyarakat Malaysia lebih suka memilih makanan segera, berproses, serta gemar mengambil kadar kandungan gula dan garam yang tinggi.

“Selain itu, suka kepada makanan bergoreng dan berminyak, kurang bersenam menyebabkan antara langkah penyumbang kepada kenaikan berat badan (Obesiti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ptogram Kem Diabetes Anjuran Klinik Kesihatan Menumbok, di Dewan Serbaguna Awang Semaun Menumbok, di sini hari ini.

Awang Aslee berkata, ketika ini terdapat peningkatan kes Obesiti menyebabkan penyakit Diabetes dan Hipertensi semakin bertambah dalam kalangan masyarakat.

“Ini merupakan penyakit abad ke-21, penyumbang kepada lambakan makanan yang terdapat disekeliling kita menyebabkan masyarakat kurang bersenam serta mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kita gesa agar tahap kesedaran kepada masyarakat perlu dipertingkatan, termasuk memperkenalkan cara penjagaan kesihatan kendiri selaras dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS),” katanya.

Awang Aslee menyeru kepada masyarakat Menumbok agar sentiasa mematuhi nasihat serta arahan dikeluarkan oleh pengamal perubatan bagi mencari jalan mengatasi masalah penyakit terbabit.

“Nasihat yang diberikan oleh pengamal perubatan termasuk doktor serta jururawat perlu diberikan perhatian bagi mengelak penyakit kencing manis di peringkat awal,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles