Tindakan kerajaan tarik balik arahan LPPB kosong rumah penyewa lebih 10 tahun tepat – Bung

KOTA KINEBALU: Langkah kerajaan negeri menarik balik arahan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mengosongkan rumah bagi penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) melebihi 10 tahun adalah tepat dan berperikemanusian.

Advertisements

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam sidang medianya pada Khamis pastinya melegakan para penyewa PPR yang majoritinya golongan B40

“Walaupun ada kenyataan mereka (penyewa) telah tinggal lebih 10 tahun di PPR dan sudah mampu berdikari namun hakikatnya tidak kerana taraf pendapatan mereka masih ditahap rendah dan sudah tentu tidak mampu menyewa rumah yang lebih besar yang kadar sewanya lebih tinggi apalagi untuk membeli sebuah rumah di kawasan bandar.

“Justeru menyewa di PPR dengan kadar sewa yang termampu sudah tentu meringankan beban mereka tinggal di bandar samada bekerja di sektor kerajaan,swasta atau bekerja sendri,” katanya.

Bung berkata demikian bagi mengulas pengumuman Ketua Menteri menarik balik arahan dari LPPB bagi penyewa PPR yang melebih 10 tahun di PPR Taman Puri Warisan Inanam, Bukit Setia dan Taman Jaya Diri untuk mengosongkan kediaman yang mereka sewa.

Bung yang juga ADUN Lamag percaya keputusan kerajaan itu dapat meringankan beban penyewa PPR yang rata-rata kadar pendapatan mereka “sekadar kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang”.

Hajiji dalam kenyataanya berkata beliau tidak membenarkan sama sekali penyewa PPR yang melebihi 10 tahun diusir dari rumah yang mereka diami.

Dalam pada itu, Hajiji berkata beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri agar LPPB membentangkan kepada kabinet isu tersebut yang menurut beliau isu tersebut merupakan “isu besar” yang perlu ditangani

“Ini isu besar, jangan lihat isu ini hanya untuk dijawap semudah itu bahkan saya sendiri dan kerajaan belum dimaklumkan tentang perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah kesal dengan kenyataan Pengerusi LPPB yang juga ADUN Kuamut Datuk Masiung Bana yang membuat keputusan gelojoh dan tidak merujuk kepada kerajaan dan Ketua Menteri sebelum membuat sebarang kenyataan dan keputusan.

Menurut Bung Masiun selaku Pengerusi LPBB dan juga wakil rakyat perlu memahami keperitan rakyat terutamanya golongan B40 dalam keadaan ekonomi yang semakin terjejas ketika ini.

“Beliau (Masiong) perlu bijak bukannya bertindak seperti seorang yang tidak bijak membuat kenyataan sehingga merunsingkan rakyat terutama penyewa penyewa di PPR di negeri ini,” katanya.

Bung berkata tuduhan Masiung ada pihak terutamanya pembangkang mempolitikan isu itu juga nampak janggal dan hanya persepsi beliau, sedangkan ia melibat isu kesejahteraan rakyat.

“Kita faham ini soal polisi dan dasar yang kita (manusia) gubal, sebagai yang terlibat dalam pengubalan dasar kita juga perlu melihat isu seperti ini dari sudut kemanusian,” tambah Bung.

Katanya kenyataan dari beberapa pihak antaranya Ketua-Ketua UMNO bahagian merupakan keluh kesah rakyat terutamanya penyewa PPR yang perlu disampaikan kepada kerajaan untuk diambil perhatian dan tindakan bukannya berniat mempolitikan isu tersebut.

Dalam pada itu Bung turut menyokong candangan agar rumah PPR ini dijual terus kepada penyewa (Sewa Beli) yang menurut beliau cara itu membolehkan golongan B40 terutamanya penyewa PPR memiliki rumah sendiri.

“Perkara ini telah pun dilaksanakan di beberapa PPR di Kuala Lumpur,, rumah dijual kepada penyewa dalam kadar yang mampu milik, kita meminta agar kerajaan negeri melakukan rundingan dengan kerajaan pusat khususnya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan agar rumah rumah PPR di Sabah juga boleh djual kepada penyewa apatah lagi yang telah menyewa lebih 10 tahun dan membayar sewa tanpa sebarang masalah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles