Tindakan kerajaan minta penyewa PPR lebih 10 tahun kosongkan kediaman mereka tidak berperikemanusiaan – Jeffery

KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan negeri khususnya Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) meminta penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini yang menyewa lebih 10 tahun supaya mengosongkan rumah mereka disifatkan sebagai tindakan tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan.

Advertisements

Ketua UMNO bahagian Putatan Jeffery Noor Mohmed berkata ini kerana rakyat ketika ini berdepan dengan kegawatan ekonomi terutama golongan B40 untuk mencari penempatan baru atau menyewa rumah yang pastinya kadar sewaannya terlalu tinggi dam tidak termampu mereka bayar.

Menurutnya, alasan LPPB menerima teguran dari Jabatan Audit Negara kerana penyewa melebihi 10 tahun tidak rasional kerana berdasarkan Enakmen Housing and Town Development 1981, perkara 37 secara jelas menyatakan bahawa tugas jabatan Audit negara hanya untuk mengaudit akaun lembaga tersebut.

Tidak ada sebarang kuasa diberikan kepada jabatan Audit negara untuk menentukkan polisi yang harus dipatuhi LPPB, katanya.

“Kenapa LPPB harus akur dengan teguran tersebut sedangkan kuasa sebenar adalah dibawah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah ,sekiranya pun itu sebagai satu peraturan, kerajaan negeri perlu memberikan penjelasan kepada Jabatan Audit dan membela penyewa penyewa PPR yang majoritinya golongan B40,” katanya dalam satu kenyataan di Media Sosial (FB) kemarin.

Menurut Jeffery kerajaan negeri perlu menjelaskan Sabah masih memerlukan projek perumahan PPR memandangkan keperluanya kepada golongan B40 begitu tinggi sementara kerajaan negeri tidak berkemampuan untuk membina lebih banyak PPR untuk keperluan rakyat khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah.

“Seharusnya bukan mengusir mereka yang tinggal di PPR melebihi 10 tahun yang taat mebayar sewa setiap bulan. Perkara yang harus kerajaan negeri pertimbangkan ialah membantu golongan ini, agar rumah PPR yang mereka duduki ketika ini boleh dibeli (Sewa dan Beli) dan ini sudah tentu dapat membantu golongan B40 memiliki rumah sendiri sebagaimana yang sudah dilaksanakan di beberapa buah projek PPR di Kuala Lumpur,” kata Jeffery

Tambah Jeffery jika pengerusi LPPB Datuk Masiung Bana pernah mencadangkan di sidang DUN Sabah baru-baru ini berhubung dengan ketidak stabilan sitem bekalan air dan elektrik di Sabah agar rumah pemimpin turut dicatu bagi merasai keperitan rakyat biasa, tindakan mengusir penyewa PPR adalah lebih perit dari cadangan tersebut.

Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah berkata langkah meminta penyewa PPR melebihi 10 tahun untuk mengosongkan kediaman mereka adalah langkah ke belakang dan ini menyebabkan Kawasan setinggan akan tumbuh seperti cendawan di sekitar ibu kota kerana para penyewa sudah tentu tidak mampu menyewa rumah apa lagi membeli rumah kediaman baru.

“Slogan Sabah Maju Jaya” seharusnya seiring dengan kemajuan dari segi kemudahan asas yang boleh dikecapi oleh rakyat dan sudah tentu kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri perlu melihat isu kemanusian ini sebagai keutamaan untuk dibela kerana kebanyakan penyewa adalahpenduduk tempatan selaras dengan konsep PGRS parti tempatan yang memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat Sabah” katanya.

Sehubungan itu, menurut Jeffery UMNO bahagian Putatan membantah sekeras-kerasnya tindakan itu dan meminta Ketua Menteri canpur tangan untuk menangani isu tersebut.

Kegagalan untuk mengikuti falsafah ini hanya menunjukkan tindakan kurang bijak kerajaan sedia ada untuk memastikan kebajikan rakyat Sabah sentiasa terpelihara, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles