Mana sudah janji slogan “Sabah Maju Jaya” pertahankan hak rakyat B40 – Suhaimi

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir menyifatkan tindakan meminta penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah mengosongkan rumah selepas 10 tahun menyewa adalah tidak wajar dan keterlaluan.

Advertisements

Beliau berkata surat pekeliling dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar bertarikh 19 Jun 2023 itu yang tular sejak kelmarin amat membebankan penyewa yang majoriti golongan B40.

“Sewajarnya pihak LPPB memberi peluang kedua untuk penyewa rumah yang menyewa lebih 10 tahun itu bukannya bertindak kejam dengan mengarahkan pengosongan rumah serta menjelaskan kesemua tunggakan bagi mengelakkan nama penyewa disenarai hitamkan.

“Sememangnya situasi seperti amat sukar dan menyusahkan rakyat, kita masih lagi berhadapan dengan kemelesetan ekonomi. Apa lagi mereka (penyewa) adalah golongan B40,” katanya.

Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Ketua Penerangan UMNO Sabah menjelaskan Kerajaan Negeri sewajarnya membela nasib rakyat bukannya menekan dan menindas rakyat golongan B40 selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya.

“Kalau masih ramai menunggu untuk masuk menyewa rumah itu, bina lebih banyak rumah untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat bukannya mengarahkan pengosongan rumah.

Akibat penularan surat itu telah mengusarkan penghuni PPR Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bimbang mereka terlibat dengan pengusiran itu.

“Saya difahamkan penyewa PPR KPKT tidak terlibat, dan itu hanya melibatkan penyewa rumah LPPB,” katanya.

Beliau memberitahu dalam sesi Dewan Rakyat lalu telah ia telah membangkitkan isu pemilikkan rumah PPR kepada penyewa asal agar sewa untuk beli dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

“Saya juga ada membangkitkan agar kerajaan membina 100 unit lagi untuk fasa dua di PPR di Batu Putih dan Harmoni,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles