Penduduk Malaysia terdedah risiko stroke – Bung

KINABATANGAN: Masyarakat negara ini terdedah kepada risiko serangan strok atau angin ahmar kerana faktor kehidupan sosial dan persekitaran.

Advertisements

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, berdasarkan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2020 kematian disebabkan strok di negara ini mencatat 21,592 kematian.

Menurutnya, kadar usia kematian pesakit adalah dalam lingkungan 82 tahun bagi setiap 100,000 penduduk sekali gus meletakkan negara ini di kedudukan 92 di seluruh dunia.

Katanya data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) jumlah kemasukan ke hospital di negara ini akibat penyakit strok pada 2019 menunjukkan peningkatan sebanyak 43,093 dengan purata kemasukan harian sebanyak 120 pesakit dan ini menunjukkan peningkatan lebih 10,000 pesakit pada 2018.

“Data terkini strok di negara ini juga menunjukkan peningkatan kes dalam kalangan pesakit muda terutama lelaki berusia pertengahan 30-an hingga 40-an,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Kesedaran Strok di dewan Sri Lamag Kinabatangan baru-baru ini.

Menurut Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lamag, pelbagai keadaan boleh meningkatkan risiko mendapat strok dan kebanyakannya kerana faktor risiko yang boleh diubah seperti tekanan darah tinggi.

Justeru katanya, masyarakat perlu mengambil berat setiap perubahan dialami dan tidak berlengah mendapatkan rawatan segera serta membudayakan gaya hidup sihat.

“Amalkan gaya hidup sihat, aktif menjaga kawalan diri membuat pemeriksaan berkala bagi mengelakkan penyakit boleh mendatangkan komplikasi seperti strok contohnya darah tinggi,” katanya.

Bung berkata menjadi hasrat kerajaan adalah penduduk negara ini menjadi lebih sihat melalui pendekatan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

Mengulas program tersebut Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah ianya merupakan pendekatan terbaik bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat bahaya dan keadah rawatan penyait seperti darah tinggi dan strok.

“Saya harap program ini akan dilaksanakan setiap tahun dan di diperluaskan ke kawasan luar bandar agar rakyat mendapat maklumat yang jelas mengenai penyakit seperti darah tinggi, strok dan sebagainya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles