Tagal Babagon Bawah disaran tubuh koperasi – Ewon

PENAMPANG : Jawatankuasa Tagal Babagon Bawah disaran untuk menubuhkan sebuah koperasi bagi memudahkan mereka memohon skim pembiayaan yang disediakan oleh kementerian di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Advertisements

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata
SKM menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan, termasuk Pembiayaan mudah melalui Tabung Modal Pusingan TMP-SKM dan Bantuan Pembangunan Koperasi.

Selain itu, katanya SKM turut menyediakan Khidmat nasihat dan bimbingan bagi membolehkan jaringan kerjasama antara koperasi dengan pihak swasta.

Menurutnya, kementerian itu mempunyai 10 agensi yang kesemuanya memberi khidmat sokongan perniagaan, termasuk koperasi.

Ini termasuk SKM, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), SME Bank, SME Corp, Bank Rakyat, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan UDA Holdings.

Ewon berkata demikian dalam ucapannya
pada Majlis Perasmian Menandatangani Perjanjian (MoU) antara Jabatan Perikanan dengan Tagal Babagon Bawah Penampang, di sini hari ini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Setiausaha Politik kementerian itu Carl Moosom.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang menyambut baik usaha Jawatankuasa Tagal Babagon Bawah mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan.

Sistem tagal atau Bombon dalam Bahasa Kadazandusun,merupakan satu kaedah tradisional yang diamalkan oleh penduduk kampung untuk memulihara sumber hidupan sungai.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles