Agama teras jayakan pembentukan masyarakat Madani – Sapawi

SIPITANG: Agama merupakan antara ciri-ciri dan teras pembentukan masyarakat Madani, kata presiden Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad.

Advertisements

Beliau berkata ini kerana ilmu yang paling penting dalam pembentukan Masyarakat Madani ialah ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadith.  
 
“Masyarakat yang diperlukan untuk membangunkan Malaysia Madani tidak dapat dilahirkan sekiranya tidak ada bimbingan dan kefahaman dalam bidang agama,” katanya.

Sapawi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Forum Malaysia Madani: Keharmonian Dalam Kepelbagaian bagi peringkat Zon Pedalaman Bawah di Dewan Masyarakat Sipitang, di sini hari ini.

Majlis penangguhan Forum Malaysia Madani itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Ariffin Mohd Arif.

Sapawi berkata akhlak dan budi pekerti hanya dapat dibentuk dengan jayanya menerusi acuan ajaran agama, dan “sudah tentu sekali  melalui ajaran agama Islam”.
 
Beliau berkata dalam era pemerintahan sekarang, konsep Malaysia Madani amat sesuai kerana ia mengutamakan tata kelola yang menekankan pelaksanaan terhadap dasar sedia ada terutama dalam kemelut politik dan ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini.
 
Oleh itu, Sapawi mengajak masyarakat Islam di Sabah, khususnya Ahli USIA supaya sama-sama menghayati konsep Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles