Pengamal media “barisan hadapan” bantu pembangunan negara – Salleh

KOTA KINABALU: Para pengamal media merupakan ‘barisan hadapan’ yang turut berjasa dan berkorban untuk pembangunan negara, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Advertisements

Beliau yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia berpendapat jasa pengamal media juga perlu diiktiraf dan dihargai.

“Teruskan jadi media yang melaporkan berita dengan bebas dan mesej bermanfaat buat masyarakat,” katanya dalam catatan di Facebook sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) baru-baru ini.

Sambutan HAWANA 2023 berlangsung tiga hari bermula Jumaat lepas di Ipoh, Perak dengan kemuncak perasmian disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles