Rakyat, pemimpin persoal slogan “Sabah Maju Jaya” bukan hina Perlembagaan tetapi melihat kemajuan dicapai kerajaan

KOTA KINABALU: Majoriti rakyat Sabah termasuk pemimpin hari ini menggunakan slogan “ Sabah Maju Jaya” samada dalam bentuk tulisan atau percakapan sebagai gambaran kemajuan yang telah dicapai Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selama menjadi kerajaan, dan bukan menggunakan slogan tersebut untuk menghina perlembagaan negeri.

Advertisements

Slogan “ Sabah Maju Jaya” diangkat sebagai nama pelan pembangunan Negeri Sabah 2021-2025 untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggunjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.

Hala Tuju Sabah Maju Jaya berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan seterusnya memandu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik bagi mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.

Sabah Maju Jaya (SMJ) melihat kemajuan yang dicqpai dalam (S) Sekotor pertanian, perindustrian Pelancongan (M) modal Isan & Kesejahteraan Rakyat ( J) Jaringan Insfrastruktur$ Kelestarian Hijau).

“Apabila rakyat atau pemimpin baik semasa berbahas di DUN menggunakan slogan “ Sabah Maju Jaya” sudah tentu mereka kaitkan slogan tersebut dengan kemajuan yang telah dicapai dalam hala tuju yang digariskan oleh kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sejak ianya dilancarkan pada tahun 2021 ini disebabkan dalam tempoh tersebut rakyat semakin berhadapan dengan masalah-masalah kritikal seperti bekalan air bersih, api,sistem perhubungan jalanraya dan lain-lain pembangunan yang mereka harapkan kerajaan hari ini dapat membawa perubahan yang lebih besar untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat yang tiada kaitan langsung dengan penghinaan terhadap perlembagaan negeri,” jelas seorang ADUN yang enggan disebut namanya.

Pada Rabu lepas semasa persidangan DUN Sabah Timbalan Speaker Dewaan Undangan Negeri (DUN) Datuk Ahmad Abdul Rahman menegur wakil rakyat agar tidak membuat kenyataan yang menghina dan mencaci Perlembagaan Negeri mengaitkan masalah rakyat dengan slogan “ Sabah Maju Jaya” yang merupakan cogan kata dalam logo negeri Sabah.

Teguran itu diberikan terhadap Jonnybone J. Kurum (PBS-Telupid) yang mengaitkan masalah rakyat dengan slogan ‘Sabah Maju Jaya’ yang merupakan cogan kata dalam logo negeri Sabah.

Ahmad berkata, perkataan ‘Sabah Maju Jaya’ tidak harus digunakan sebagai satu tohmahan dan penghinaan kepada kerajaan.

“Saya sebagai Speaker berpegang kepada Perlembagaan Negeri Sabah. Jadi, kalau YB (Yang Berhormat) ada masa sehari, ambil buku Perlembagaan Sabah dan lihat di bahagian yang menyatakan bahawa bendera dan logo itu ada dalam Perlembagaan.

Menurut ADUN tersebut teguran Timbalan Spekar itu hanya presepsi beliau sedangkan apa yang disentuh dalam ucapan oleh ADUN (PBS-Telupid) itu dalam kontek pembangunan yang sudah dicapai oleh kerajaan dalam pelan pembangunan “Sabah Maju Jaya” dan tidak menyentuh isu perlembagaan negeri walaupun slogan ini sama dengan jata negeri Sabah.

“ Isunya kenapa kerajaan guna pakai (Copypaste) slogan yang sudah sedia ada, apakah mereka kurang kreatif atau kekurangan idea untuk meletakkan satu slogan yang lebih relevan dengan keadaan semasa,” soal Adun tersebut.

Tambah beliau Saban hari rakyat bercakap soal “ Sabah Maju Jaya” tidak kira dimana di kedai-kedai kopi, diwarung-warung malah di pejabat pejabat kerajaan yang mereka persoalkan dalam slogan tersebut bukan isu perlembagaan negeri tapi kemajuan yang telah dicapai melalui pelan pembangunan ciptaan kerajaan GRS sejak ianya dilancarkan ketika rakyat berhadapan dengan isu isu pembangunan insfrastruktur asas, air, api jalanraya ekonomi Pendidikan dan lain-lain.

Menurut beliau hanya tinggal 4 tahun lagi pelan tersebut akan berakhir namun Sabah amat jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan dimana seharusnya kerajaan telah merancang seperti terkandong dalam pelan yang disediakan seterusnya melaksanakanya tanpa menyelahkan kerajaan sebelum ini.

“Bila kita ada pelan (perancangan) laksanakan apalagi difahamkan kerajaan memiliki ased berballion-bilion jadi inilah masanya untuk mengambil langkah konkrit bagi mengatasi masalah rakyat terutamanya isu-isu insfrastrukur asas bukannya dengan kenyataan kenyataan media yang menyedapkan hati rakyat mendengar sahaja,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles