Fairuz pengerusikan mesyuarat jawatankuasa pergerakan pemuda Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Fairuz Renddan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat kali pertama. Beliau mengumumkan senarai jawatankuasanya yang menggabungkan pemimpin muda daripada pelbagai latar belakang selaras dengan falsafah perjuangan Gagasan Rakyat.
Saudara Azrul bin Ibrahim diumumkan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat. Datuk Fairuz Renddan menyatakan pelantikan Saudara Azrul sebagai Naib Ketua Pemuda adalah berdasarkan pengalaman serta kebolehan beliau menerajui beberapa organisasi termasuk pernah menjadi pemimpin mahasiswa dan Ahli Parlimen Belia Malaysia sebelum ini.
Turut diumumkan pelantikan Saudara Khazarudin bin Kahar sebagai Penolong Setiausaha, Saudara Mohammad Ghazali bin Hajiji Penolong Bendahari dan Saudara Barhul Sahibu Ketua Penerangan selain barisan EXCO.
Turut diumumkan ialah penubuhan skuad GAHMUDA, sebuah pasukan sukarela yang menjadi platform kepada para penggerak pemuda dan penyokongnya serta anak muda bagi menyumbang buah fikiran, tenaga dan masa mencakupi isu kebajikan rakyat, bencana alam, kemalangan, malapetaka dan seumpamanya. Datuk Fairuz mengalu-alukan kebersamaan anak muda bagi sama-sama menyemarakkan semangat kesukarelawanan melalui wadah GAHMUDA.
Beliau turut menambah Pemuda Gagasan Rakyat akan sentiasa memperjuangkan isu-isu anak muda Sabah bagi memastikan golongan ini akan sentiasa terbela dan terjaga haknya

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles