Jadikan Aidilfitri sebagai wadah kukuhkan perpaduan – Suhaimi

KINABATANGAN: Ketua UMNO Bahagian Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata Penganjuran rumah terbuka menyaksikan kehadiran masyarakat daripada pelbagai kaum membuktikan semangat perpaduan kaum di negeri ini.

Advertisements

”Hari ini kita berpeluang menghadiri rumah terbuka UMNO Bahagian Kinabatangan diterajui YB Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama penduduk Kinabatangan khasnya kita boleh raikan Aidilfitri, gembira kerana ramai datang.

”Ini akan mengeratkan silaturahim dan ukhuwah sesama kita. Inilah bukti semangat perpaduan di kalangan rakyat,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kinabatangan di Dewan Sri Lamag, pagi tadi.

Ahli Parlimen Libaran ini berharap rakyat konsep rumah terbuka menjadi platform yang mampu melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan.

Suhaimi mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada rakyat Kinabatangan dan mengharapkan sambutan Syawal ini dengan penuh kegembiraan dan bermaaf-maafan untuk bersama hidup muhibah serta membangunkan negeri ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah meminta rakyat agar terus mengutamakan perpaduan tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Turut hadir bersama beliau, isteri serta keluarganya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Moktar Ingkat, ADUN Gum-Gum Arunarnsin Taib, Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran Datuk Salzo Asa, Setiausaha UMNO Bahagian Libaran Asli Amat dan barisan kepimpinan UMNO Libaran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles