SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir telah mengadakan pertemuan dengan Jurutera Air Daerah Sandakan Ir. Duane William bagi mendapatkan maklumat berhubung isu yang dibangkitkan rakyat Libaran amnya di Kampung Tinusa 2 dan beberapa kampung.
Perjumpaan itu juga bertujuan untuk membincangkan mengenai perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak Jabatan Air Sandakan, kepentingan rakyat dan mengenalpasti masalah berhubung isu-isu seperti bekalan air yang masin, masalah tiada bekalan air di beberapa kawasan serta Kampung Tinusa 2 dan takungan air di Loji Rawatan Air Segaliud yang kritikal dari kapisiti sebenar bagi mencari penyelesaian.
Pelbagai cadangan dikemukakan oleh Jabatan Air Sandakan bagi menyelesaikan isu-isu yang dikemukakan dalam perbincangan dengan Suhaimi Nasir.
Ini termasuklah cadangan operasi pembenihan awan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi bagi memenukan Dame Loji Rawatan Air Segaliud yang kini semakin kritikal 25.15 meter sepatutnya stabil pada tahap 30 meter agar tidak berlaku gangguan dan bekalan air mencukupi ekoran diramalkan akan berlaku kemarau sehingga bulan Ogos ini.
Jabatan air juga akan melakukan penghantaran air bersih ke kampung-kampung seperti Luboh, Dandulit, Sungai Daling dan Tanjung Pisau yang belum ada bekalan air bersih.
Masalah air di Tinusa 2 disebabkan tekanan air yang rendah. Bekalan air tidak mencukupi ekoran kapisiti paip yang tidak menampung tekanan air disebabkan penambahan rumah sejak ditubuhkan perkampungan itu.
Tindakan telah dilakukan oleh Jabatan Air untuk memastikan pengguna di kampung itu mendapat bekalan air.
Perkara ini, akan dibawa oleh Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke pengetahuan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk dibangkitkan di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Sabah agar pihak kerajaan menyelesaikan isu masalah air dihadapi rakyat.