Rumah Terbuka Erat Perpaduan Kaum -Japlin

KOTA KINABALU: Acara rumah terbuka terutama sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disertai masyarakat berbilang bangsa merupakan titik pertemuan bagi masyarakat majmuk di Malaysia untuk mencapai erti perpaduan sebenar,

Advertisements

Konsep rumah terbuka sempena musim perayaan termasuk Hari Raya boleh merapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat, selain memantapkan perpaduan dan muhibah di kalangan penduduk berbilang kaum.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat (PGRS) Dun Usukan Datuk Japlin Akim berkata tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Menerusi majlis seperti ini perpaduan kaum dapat diperkukuhkan melalui budaya kunjung-mengunjung.

Beliau berkata, rakyat berbilang kaum di negeri ini bebas mengamalkan cara hidup tanpa sebarang diskriminasi termasuk menganjurkan sambutan sempena hari kebesaran sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

“Ini kerana kunjungan orang ramai ke majlis rumah terbuka anjuran pemimpin sempena musim perayaan dapat meningkatkan lagi kemesraan antara rakyat dengan pemimpin,”katanya.

Beliau berkata semasa ditemui Rumah Terbuka beliau di Taman BDC Kolombong hari ini.

Japlin berkata kestabilan dan kemakmuran dikecapi hasil kerjasama semua kaum membolehkan setiap perayaan utama etnik negara ini disambut bersama.

Jelasnya amalan saling kunjung-mengunjung terutama pada musim perayaan mampu mengeratkan perpaduan serta mengukuhkan perasaan kekitaan dalam kalangan masyarakat.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, gunakanlah kesempatan ini untuk kita sebarkan keharmonian dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperteguhkan ukhuwah di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik kepartian serta mengukuhkan keharmonian hubungan antara kaum,” katanya.

Turut hadir ke rumah terbuka beliau Ahli Parlimen Siptang Datuk Matbali Musah, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles