Suhaimi ziarah mantan PPM Sungai Sibuga di Hospital Duchess Of Kent

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir meluangkan masa melawat salah seorang pemimpin masyarakat, Brahim Nasip di Hospital Duchess Of Kent pada Rabu, sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Advertisements

Brahim merupakan mantan pemimpin pembangunan masyarakat Sungai Sibuga telah dimasukkan ke wad hospital itu pada Isnin lepas bagi menerima rawatan selepas disyaki terkena jangkitan denggi.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran yang baru tiba dari Kuala Lumpur bergegas ke hospital bagi melawat rakannya itu.

Turut mengiringi Suhaimi, Setiausaha UMNO Bahagian Libaran Asli Haji Amat, Pegawai Perhubungan Parlimen Libaran Surian Sah Hanafiah dan beberapa pemimpin lain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles