Balik Raya – Tiket Bas Ke Pantai Timur Sabah Habis Dijual – SEBOC

KOTA KINABALU: Keadaan di Terminal Bas Utara Inanam sesak dengan penumpang ‘tidak bertiket’ yang menunggu giliran menaiki bas ekspres untuk balik kampung, khususnya di bahagian pantai timur Sabah, bagi menyambut Hari Raya.

Advertisements

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Sabah (SEBOC) Donald Hanafi berkata ini berlaku kerana bas ekspres yang sedia ada tidak mencukupi  bagi menampung pertambahan penumpang yang ingin balik kampung terutamanya sejak beberapa yang lepas. 

Oleh itu, katanya pihaknya telah mengatur untuk mendapatkan bas tambahan bagi memenuhi keperluan yang bertambah terutama musim perayaan Aidilfitri yang bakal akan dirayakan sama ada esok atau lusa.

“Sebelum ini, kami keluarkan tiket bas antara 2,000 dan 3,000 sehari namun semakin dekat perayaan Aidilfitri semakin tinggi permintaan tiket bas untuk pulang ke kampung…akibatnya ramai yang kehabisan tiket bas,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, Donald yakin masalah penumpang yang tersadai itu dapat diselesaikan secepat mungkin dan penumpang sampai ke destinasi masing.masing seboleh-bolehnya pada tengah malam ini.

Beliau juga mengingatkan semua pemandu bas expres ini agar mengutamakan keselamatan dan disipilin semasa berada di jalan raya demi kebaikan bersama.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles