UMNO Sabah terbuka kerjasama mana-mana parti untuk berdepan GRS pada PRN

KOTA KINABALU: UMNO Sabah bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi kemungkinan berdepan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.

Advertisements

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata perkara itu, bagaimanapun, perlu dibincang dan diperhalusi di peringkat Biro Politik sebelum keputusan dibuat.

“Kita sedia menimbang kemungkinan untuk mengadakan kerjasama mana-mana parti, termasuk Warisan.

“Namun tumpuan kita sekarang ialah memperkukuhkan parti bagi memastikan UMNO kembali menjadi parti teras kerajaan Sabah,” katanya.

Bung berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan UMNO Sabah di Bangunan UMNO di sini hari ini.

Bagi memantapkan persediaan menghadapi PRN, beliau berkata UMNO Sabah akan memfokuskan usaha untuk meningkatkan keberkesanan jentera komunikasi strategik dan penerangan, khususnya media baharu.

Mengenai nasihat Timbalan Perdana Menteri yang juga presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar rakan-rakan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah tidak melakukan sesuatu yang boleh mengugat perasaan atau mengguris hati mana-mana pihak, khususnya parti-parti yang menganggotai kerajaan Perpaduan di Sabah, Bung berkata UMNO Sabah mengambil maklum perkara itu.

“Kami ‘good boy’ sehinggalah pilihan raya negeri yang akan datang diadakan,” katanya.

Bung turut mengumumkan beberapa anggota baharu Badan Perhubungan UMNO Sabah, termasuk bekas menteri persekutuan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang dilantik masing-masing sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan dan Bendahari UMNO Sabah.

Sementara itu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah dipecat daripada UMNO,

Bung berkata, tiga ADUN berkenaan ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).

“Ada tiga dikenakan tindakan pecat, Datuk James Ratib sudah diambil tindakan dipecat, Mohd Arsad dan Jasnih juga dipecat. Shahelmey digantung,” katanya.

Ditanya mengenai status ADUN Tanjong Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy pula, Bung memaklumkan, tiada tindakan dikenakan terhadap ADUN tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles