SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee bersama pasukannya dan pasukan Pengerusi Sabah Development Berhad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung menyampaikan sumbangan kurma ke jabatan-jabatan kerajaan di Sandakan sempena bulan Ramadan.
Kurma yang kaya dengan khasiat merupakan antara makanan terbaik untuk menambah tenaga semasa puasa.
Ramadan merupakan bulan mulia bagi umat Islam sebelum menyambut ketibaan Aidilfitri.Â
Frankie berkata, meskipun sedang berpuasa, tugas penjawat awam tetap diteruskan dengan begitu baik sekali dan berharap ia diteruskan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Sandakan.Â
Vivan Wong pula berkata, semangat itu wajar dicontohi dalam berhadapan cabaran kerja seharian dan ia begitu dihargai.
Jelasnya amat penting semua masyarakat pelbagai kaum dan agama terus mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain.
Vivian masing-masing diwakili Setiausaha Politiknya, Teo Chee Kim, Pegawai Khasnya, Tang Szu Ching dan Pegawai Perhubungannya, Lai Shiau Lin.
Frankie pula diwakili Pegawai Khas pasukannya, Max Lee bagi mengagihkan kurma berkenaan ke Jabatan terlibat selama dua hari di Sandakan.
Antara agensi terlibat termasuk Majlis Perbanran Sandakan, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Klinik Kesihatan Sandakan, Balai Polis Sandakan, SESB, Jabatan Air Negeri Sabah Sandakan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Pendidikan, Jabatan Perhutanan, Lapangan Terbang Sandakan dan yang lain.