MAN Matunggong mulakan usaha bukukan adat resam Rungus

KUDAT: Mahkamah Anak Negeri (MAN) Matunggong telah memulakan usaha untuk membukukan adat resam Rungus untuk digunakan sebagai rujukan terutamanya generasi akan datang.

Advertisements

Pembantu Menteri kewangan, Datuk Julita Majungki yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong bagaimanapun mahu penulisan mengenai hal ehwal adat resam dan budaya ini diperkembang dan diperkayakan lagi.

“Komuniti Rungus kaya dengan adat resam dan budaya. Adat resam ini diperturunkan melalui pembelajaran cara hidup serta diajar secara lisan sebelum ini. Komuniti Rungus masih menyimpan kebanyakan daripada amalan budaya dan adat resam mereka sejak sekian lama,” kata pada program bersama ketua-ketua kampung dalam Zon Tambuluran di sini pada 28 Mac.

Dalam program tersebut, beliau telah mencadangkan agar MAN dapat mengambil inisiatif yang lebih serius untuk membukukan kekayaan adat resam Rungus dan beliau dimaklumkan bahawa usaha tersebut sudah dimulakan.

“Tetapi penulisan mengenai hal ehwal adat resam dan budaya ini masih boleh diperkembangkan serta diperkayakan lagi untuk rujukan generasi akan datang,” katanya.

Adat resam yang boleh memperkukuhkan nilai-nilai baik dalam komuniti harus dijaga dan dipupuk, kata Julita, sambil mengambil contoh, nilai menghormati pemimpin, ibu bapa dan golongan lebih tua.

“Komuniti Rungus amat menekankan nilai hormat dan mempunyai sistem dendanya tersendiri bagi setiap pelanggaran. Nilai ini perlu diangkat dan ditekankan dalam keluarga masing agar anak-anak muda dapat diajar dan diberi panduan sebaiknya, lebih-lebih lagi dalam era teknologi yang seolah-olah tiada sempadan,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MAN Matunggong kerana sangat pro aktif dalam hal menjaga dan memperkasakan adat resam komuniti rungus.

Mengenai program tersebut, Julita berkata, ia diadakan untuk menghargai komitmen ketua-ketua kampung di Zon Tambuluran dalam program konsultasi ketua-ketua adat bersama MAN.

Beliau menambah, program ini akan diteruskan untuk memperkasa peranan MAN dan ketua-ketua kampung di kawasan Matunggong.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles