Pembangunan Perindustrian di Sandakan wajar dipercepatkan – Vivian Wong

SANDAKAN – Pembangunan sektor perindustrian di Sandakan wajar dipercepatkan sekaligus memberi lebih banyak manfaat kepada ramai orang.

Advertisements

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata ini termasuk dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk Sandakan dan menarik golongan muda untuk kembali memulakan perniagaan serta mencari pekerjaan disini dan meningkatkan lagi tahap ekonomi Sandakan.

Bagaimanapun, jelasnya, untuk mencapai matlamat ini, prasarana dan infrastruktur yang baik perlu dibangun dan disediakan terlebih dahulu.

Antaranya, memperbaiki dan meratakan jalan raya yang seperti permukaan bulan, menyelesaikan masalah air masin dan bekalan air yang tidak stabil yang telah melanda Sandakan selama beberapa bulan ini serta menangani kes kecurian elektrik yang banyak mendatangkan kerugian.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan perindustrian tidak dapat dipisahkan daripada infrastruktur dan perkhidmatan yang kukuh.

Bekalan air dan elektrik yang stabil, rangkaian pengangkutan yang lengkap, dan prosedur permohonan pengurusan yang cekap dan jelas adalah antara faktor utama yang menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Sandakan dan Sabah.

Ketiga-tiga bidang di atas merangkumi jabatan dan institusi yang berbeza.

Pihak berkenaan mesti bekerjasama untuk menambah momentum kepada pembangunan perindustrian Sandakan, menarik pelaburan, dan membawa lebih banyak kemungkinan ke Sandakan.

“Saya akan terus berusaha untuk membawa lebih banyak pembangunan untuk Sandakan, dan melakukan yang terbaik untuk menambah baik pembangunan infrastruktur Sandakan.” Jelasnya.

“Pada masa yang sama, saya juga menggesa semua agensi kerajaan untuk memudahkan prosedur dan elak birokrasi berkaitan yang menyusahkan dan dalam masa sama sama-sama terus berusaha menarik lebih banyak pelaburan.” Tambahnya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Sandakan selepas hadir dan mengiringi lawatan kerja Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe ke Sandakan baru-baru ini. 

Antara yang dilawati POIC Sandakan, Syarikat K2 Life Source dan Syarikat Elfa Wealth bagi membincangkan hala tuju dan strategi baharu pembangunan perindustrian di Sabah termasuk Sandakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles