MP Libaran minta KDN bina baharu, naik taraf pos kawalan daif di ESSZone

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar membina baharu dan menaik taraf pos kawalan yang daif di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dalam meningkatkan keselamatan di Sabah.

Advertisements

“Kita semua sedia maklum, Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam mengekang sebarang ancaman jenayah rentas sempadan di Sabah.

“Peranan ESSCOM dilihat masih releven dalam mengekal dan meningkatkan tahap keselamatan demi kesejahteraan hidup rakyat di Sabah”, katanya semasa Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, di Dewan Rakyat, kelmarin.

Suhaimi menyambut baik terhadap peningkatan peruntukan kepada ESSCOM dari RM 26.48 juta tahun 2022 kepada RM 28.09 juta tahun 2023.

“Peningkatan peruntukan ini dilihat mampu untuk memperkasakan lagi peranan ESSCOM”, jelasnya.

Dalam pada itu, beliau melihat terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik menerusi peningkatan peruntukan ini seperti penaiktarafan pos kawalan keselamatan yang daif terutamanya pos kawalan termasuk di kawasan parlimen Libaran.

Suhaimi juga turut mengutarakan isu berkenaan pembinaan baharu pos kawalan keselamatan di Kampung Sungai Daling, Batu 12 Sandakan.

“Isunya yang dihadapi bukannya peruntukan untuk membina pos kawalan keselamatan tersebut kerana peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan tetapi tapak yang bersesuaian untuk pembinaannya tidak ada”, tegasnya.

Beliau meminta KDN agar mengambil tindakan sewajarnya bagi mendapatkan tapak pembinaan pos kawalan untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat sekitar kawalan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles