Kerajaan Negeri Perlu Ambil Langkah Konkrit Tangani Isu Bekalan Air di Sabah

KOTA KINABALU: Cadangan kerajaan negeri merombak jentera pentadbiran Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) di seluruh daerah bukanlah satu jalan penyelasaian tuntas dan berkesan untuk menangani krisis air yang sekain lama berlarutan di negeri ini .

Advertisements

Walaupun ianya sedikit menyumbang kepada masalah tersebut dari segi pengurusan dan petandbiran dari sudut kecekapan pegawai terlibat bagi menyelasaikan gangguan bekalan air yang sering berlaku di negeri ini, terutamanya untuk memulihkan keadaan air yang terputus beberapa hari atau berminggu ianya hanya menyumbang sekitar 20-30% sahaja terhadap isu yang kerap berlaku ,ini termasuklah membaiki mana-mana kerosakan batang paipyang bocor atau pum yang rosak .pemcemaran seperti banjir air keruh tidak dapat di [roses dan tugas menghantar bantuan air bagi yang terputus langusung bekalan air yang memakan masa berhari-hari baru diambil tindakan.

Kecekapan atau tindakan segara para pegawai JANS dalam mengatasi aduan rakyat amat bergantung kepada bekalan air yang ada yang selalu berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan stok air simpanan di tangki air atau loji penampis air tidak dapat menyalurkan bekalan air,tekanan air rendah di samping melihat isu lain seperti kerosakan pum air, kebocoran disamping keperluan yang memerlukan peruntukan yang besar dan cepat dari pihak kerajaan .barulah jabatan berkenaan boleh melakukan tindakan segara. Ketiadaan peruntukan sudah tentu akan membantutkan tindakan JANS untuk bertindak segara menyelasai masalah yang ada.

Persoalan pokok yang sebenarnya ialah Sabah sememang berhadapan dengan krisis bekalan air bersih. ekoran kepesatan pembangunan, perumahan,kilang, kerja kerja permbinaan jalanraya, kes kebocoran paip air,kecurian air.pencemaran . selain loji yang sering berhadapan dengan masalah antaranya ialah kerosakan pump selain punca air yang semakin berkurangan.\

Tindakan segara hanya akan dapat di laksanakan sekira kita mempunyai stok simpanan air yang banyak kemudahan-kemudahan pembaikan yang lengkap dan efisin selain peruntukan kewangan yang mencukupi untuk melakasanakan segala keroskan yang ada sebagai contoh jika pum rosak kita terpaksa menempah dari lain tempat yang memakan masa untuk sampai jadi langkah terbaik ialah menyediakan pum kedua sebagai penganti agar tidak perlu lagi menunggu pesanan pum yang baru.

Dalam isu menangani masalah bekalan air di negeri ini .perkara pokok yang perlu dilihat oleh kerajaan hari ini ialah, tindakan konkrit untuk menangani masalah ini samaada untuk jangka masa pandek mahu pun jangka masa yang Panjang. Jika perkara ini tiada perancangan ianya tidak ditangani awal bukan sahaja membebankan rakyat malah boleh menjejaskan ekonodan hala tuju yang jelas dalam mengatasi isu bekalan air bersih di negeri ini ianya akan membawa kesan negetif pelabur samaada dalam negeri mahupun dari luar negeri untuk datang melebur ke Sabah , kerana isu kekurangan kemudahan insfarastuktur asas termasuk bekalan air yang mencukupi.

Sebelum ini bekas Timbalan ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pernah mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri untuk membuat kajian dan jika ada keperluan yang mendesak .meminta kerajaan negeri menjemput konsultan dari dalam dan luar negeri untuk melakukan kajian secera terperperinci serta menyeluruh bagi menangani isu bekalan air di negeri ini, bagaimanapun sehingga kini cadangan tersebut masih belum nampak usaha yang dilakukan oleh kerajaan walaupun semasa beliu menjawat jawatan Menteri Kerja Raya arahan telahpun dikeluarkan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya untuk mengambil tindakan segara serta mengemuakan cadangan tersebut kepada kerajaan atau kerajaan terlalu lembab untuk mengambil tindakan terhadap beberapa cadangan yang dicadangkan.

Antara cadangan lain yang pernah disuarakan oleh beliau termasuk cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air dan pembentungan di negeri ini perlu diteruskan bagi menangani masalah ini daripada berpanjangan

Penubuhan suruhajnaya ini adalah penyelasaian jangka panjang bagi memastikan isu bekalan air yang membelanggu pengguna sejak sekian lama di Sabah dapat diselasikan sebaik mungkin. Sudah tentu penubuhan Suruhanjaya air ini ,akan mengurangkan birokrasi dan meningkatkan kecekapan negeri mengurus masalah air di negeri ini.

Bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya itu, pindaan terhadap enakmen sedia ada mengenai perkhidmatan bekalan air negeri perlu dilakukan dilakukan segara.

Enakmen itu berfungsi seperti Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang digunakan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehubungan itu, pindaan terhadap enakmen air sedia ada di Sabah mesti dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu untuk merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri dan perkara ini sewajarnya juga turut diberikan perhatian serta tindakan dari pihak kerajaan agar ada satu solusi dicapai dan dilakukan bagi menangani isu bekalan air di negeri ini dan sudah tentu penubuhan Suruhanjaya itu bakal mengubah imej perkhidmatan bekalan air di negeri ini.

Isu yang berbangkit ketika ini belum pun kerajaan negeri membuat sebarang kajian menyeluruh mengenai isu bekalan air di negeri ini Menteri Kewangan Datuk Masidi Manjun telah pun membuat kenyataan awal tapi menyatakan langkah-langkah konkrit yang akan diambil tindakan oleh kerajaan untuk menyelasaikan isu ini.

Diperingkat yang agak kritikal ini barulah timbul cadangan untuk menswastakan bekalan air negeri Sabah sedangkan isu ini sudah berakar umbi dan rakyat semakin bosan dan kenyataan kenyataan yang tidak memberikan mereka harapan isu air di Sabah akan berakhir dan mereka terus menderita terjejas kesejahteraan kehidupan seharian kerana isu bekalan air terus menghantui kehidupan mereka

Sampai bila rakyat Sabah berhimpun secara aman menarik perhatian kerajaan agar isu bekalan air di negeri ini diselasaikan segara
Untuk rekod JANS adalah satu-satunya badan utiliti air di Malaysia yang masih berstatus jabatan dan menguruskan bekalan airnya sendiri tanpa bantuan secara langsung daripada Kerajaan Persekutuan adalah diyakini dengan penubuhan Suruhanjaya Air, bantuan secara langsung dapat diperolehi daripada Kerajaan Pusat untuk menampung kos perbelanjaan yang tinggi dalam menyelasaikan isu bekalan air di negeri ini.

Perancangan dan tindakan konkrit kerajaan untuk menangani isu ini. sebenarnya memerlukan komitmen yang tinggi kerana ianya merupakan keperluan asas rakyat daripada kerajaan merancang dan meletakkan wawasan yang lebih besar dan hebat seperti membina pusat pelancaran ke angkasa lepas sedangkan insfrastruktur asas untuk kemudahan rakyat seperti bekalan air bersih, sistem perhubungan jalan raya ,bekalan elektrik telekomunasi Pendidikan kesihatan dan lain lain masih belum dapat dipenuhi dan rakyat meletakan harapan yang tinggi agar keperluan asas ini menjadi keutamaan kerajaan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Di Sabah tidak kurang dari RM 13 bilion diperlukan untuk mengganti rangkaian paip lama dan menaik taraf Loji Eawatan Air (LRA) yang bermasalalah di negeri ini antara faktor utama penyumbang kepada masalah bekalan air bersih di Sabah . Kos ini belum termasuk membina loji rawatan air yang baru yang lebih sesuai dengan kemudahan yang lebih efisin dan membina pusat pusat takungan air sebagai stok penyimpanan air untuk jangka masa yang panjang terutama bila berlaku musim kemarau.

Untuk rekod juga JANS adalah satu-satunya badan utiliti air di Malaysia yang masih berstatus jabatan dan menguruskan bekalan airnya sendiri tanpa bantuan secara langsung daripada Kerajaan Persekutuan.

Sekiranya kerajaan negeri positif dengan dengan penubuhan Suruhanjaya Air, bantuan secara langsung dapat diperolehi daripada Kerajaan Pusat untuk menampung kos perbelanjaan yang tinggi bagi meningkatkan prasarana bekalan air di Sabah dan dalam kontek kerajaan Perpaduan hari ini kerajaan negeri perlu memanafaatkan hubungan tersebut untuk mendapatkan peruntukan dari kerajaan pusat dari berterusan berkonfantrasi dengan kerajaan pusat terutamanya tuntutan MA63 yang sememangnya pun menjadi harapan rakyat untuk dipenuhi tapi dalam masa kecemasan sebegini seharus keperluan asas seperti bekalan air bersih ini perlu dijadikan pioriti kerajaan negeri untuk memohon bantuan dari kerajaan pusat terutamanya bagi menyediakan dana yang tinggi yang mungkin tidak mampu ditampung oleh kerajaan negeri .

Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya dan Menteri Kewangan Datuk Masidi Manjun untuk meletakkan orang yang betul ditempat yang betul di semua peringkat Jabatan Air bukanlah satu jawapan yang tepat untuk menyelasaikan keseriusan masalah air di Sabah .

Tindakan segara bagi menaik taraf Pusat Rawatan Air yang sudah usang dan tidak lagi sesuai di tapak yang sedia ada perlu disegarakan, pembinaan lebih banyak pusat takungan air termasuk pengantian paip-paip usang .pencegahan pencemaran sungai perlu disegerakan jika tidak isu bekalan air bersih di Sabah akan menjadi isu yang tiada penghujungnya.

Hakikatnya kerajaan perlu mencari jalan bagi mencari dana peruntukan yang tinggi untuk menyelasaikan perkara ini.Untuk rekod sekurang-kurangnya 22 daripada 84 loji rawatan air di Sabah memiliki masalah yang serius antaranya lokasi yang tidak sesuai selain peralatan jentera atau pum yang sudah terlalu uzur

Bagi jangka masa Panjang Kerajaan negeri juga perlu memikirkan secara serius untuk meneruskan projek pembinaan empangan Papar yang lokasi asalnya di Kaidun Penampang dimana jika ini diteruska ianya mampu membekalkan air untuk 60 tahun sementara di Penampang ia boleh membekalkan sehingga 85 tahun .Pembinaan ini walaupun mungkin mendapat bantahan dari pihak-pihak tertentu namun bagi menangani krisis kekurangan bekalan air di negeri ada keperluan untuk meneruskan projek ini .isu kekurangan bekalan air sentiasa berlaku di Sabah justeru kerajaan perlu mengambil langkah berani bagi memastikan generasi akan datang mempunyai bekalan air yang mencukupi.

Kerajaan Pakatan Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) yang kini didakwa semakin kukuh untuk mentabir kerajaan negeri perlu membuktikan kepada rakyat kepimpinan yang ada untuk terus fokas membangunkan negeri ini dengan mengurangkan “politiking” yang tidak membawa kebaikan kepada negeri dan keselesaan kepada rakyat . Gagasan Sabah Maju jaya seharusnya dimulakan dengan melihat ekonomi Sabah kesejehteraan rakyat diletakkan sebagai keutamaan kerajaan yang mentadbir negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles