Umno Labuan program ziarah Ramadan sasarkan 500 orang Asnaf – Mohd Rafi

LABUAN: Sempana bulan Ramadhan tahun ini UMNO bahagian Labuan akan menganjurkan program Ziarah Ramadhan yang bermula kemarin yang menyaksikan kepimpinan bahagian ,Wanita pemuda puteri termasuk cawangan-cawangan berkolaborasi menjayakan program turun padang itu.

Ketua Umno bahagian Labuan Datuk Mohd Raffi Datuk Alli Hassan berkata untuk tahun ini UMNO bahagian Labuan mensasarkan lebih kurang 500 keluarga dari golongan asnaf yang diberikan sumbangan berupa kewangan dan keperluan makanan.

“Kita akan jadikan program ini sebagai acara tahunan dimana ianya telah sebelum ini ketika saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda dari 2008-1018 kita telah pun menganjurkan program seperti ini dan kita akan teruskan tahun ini dan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sini kemarin.

Menurut Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pendekatan tahun ini lebih menarik kerana ianya tidak melibakan kepimpinan bahagian sahaja tapi melibatkan tiga sayap utama Wanita Pemuda dan Puteri dan penglibatan cawangan-cawangan UMNO bahagian bagi memastikan segala bentuk bantuan dan sumbangan menatapi sasaran utama.

“Lagi pun konsep ini memberikan gambaran kita membudayakan semangat kerja berpasukan yang dituntut oleh kepimpinan parti agar jalinan kerja sama terus diperkukuhkan antara kepimpinan bahagian dan kepimpinan akar umbi yang boleh menyampaikan masej UMNO itu bersatu dalam segala bentuk tindakan” katanya.

Terdahulu, Mohd Rafi berkata pergerakan Puteri bersama Wanita UMNO Labuan turut menyampaikan bantuan 480 botol minuman kepada pelajar Kolej Matrikulasi Labunan (KML) yang mengalami gangguan bekalan air di kolej kediaman mereka beberapa hari minggu lalu.

Bantuan minuman botol tersebut diserhakan oleh Ketua Puteri Umno labuan Normaiti Jumat yang turut disertai oleh Ketua Wanita Hajah Niswati Tarji kepada pengarah KML Mohd Mahyiddin Mohd Noordin

Sebelum itu Pergerakan Pemuda UMNO Labuan di ketuai oleh Ketuanya Saiffil Pungot bersama Skuad Khidmat Bakit Pemuda UMNO Labuan juga bertungkus lumus menghantar bantuan brkalan air ke rumah-rumah menggunakan beberapa buah lori bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran beberapa hari terputus bekalan air di pulau bebas cukai bagaiamanpun dilaporkan keadan bekalan air beransur-ansur pulih sejak semalam.

Dalam pada itu Mohd Rafi turut meminta kerajaan agar berindak segara menyelasaikan isu bekalan air di Wilayah Persekutuan Labunan

“ Sebagai pemimpin di pulau ini mewakili kehendak rakyat kami berhatap kerakaam {usay melihat secara serius isu bekalan air bersih ke Labuan yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Katanya kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada pengantian paip-paip lama yang sering berlaku kebocoran selain menganti pump lama yang sering mengalami kerosakan yang menjadi penyebab bekalan air bersih di labuan sering terjejas.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles