Pesta Kaamatan Daerah Papar dirayakan seminggu bermula 13 Mei – Juil

PAPAR: Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar yang diadakan pada 20 Mei ini akan menonjolkan beberapa kelainan, sekali gus bakal mencatatkan sejarah tersendiri.

Advertisements

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar Datuk Juil Nuatim berkata buat pertama kali, sambutan Pesta Kaamatan daerah itu akan dirayakan selama seminggu bermula 13 Mei.

Beliau berkata pesta seminggu itu, antara lain, bertujuan memberi peluang kepada penduduk setempat berniaga selain memperkenalkan makanan tradisi tempatan kepada pengunjung, khususnya makanan orang Papar.

Juil berkata Pesta Kamatan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kg Biau Papar itu dijangka dirasmikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas Datuk Amirzan Mohd Ali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Daerah Papar hari ini.

Mengenai program pengisian Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar tahun ini, Juil berkata antara yang menarik ialah pertandingan Sugandoi (Nyanyian) dan Unduk Ngadau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles