Kepimpinan Bung sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah masih relevan

KOTA KINABALU: Mesyuarat Perwakilan UMNO yang dijalankan serentak di seluruh negara pada 18 Mac lepas berjalan lancar, termasuk di 25 bahagian di Sabah.

Advertisements

Apa yang menarik ialah tidak ada satu pun usul yang mewakili suara hampir 600 ribu ahli-ahli UMNO di negeri ini yang mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berundur dari terus memimpin UMNO Sabah .

Sebelum ini, berlaku kemelut politik Sabah apabila beberapa pemimpin UMNO Sabah enggan mematuhi keputusan UMNO Sabah yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor dan
kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Malah pemimpin-pemimpin terbabit bertindak menyertai gabungan tersebut terdengar suara-suara sumbang yang mendesak Bung berundur dari memimpin UMNO Sabah dan keadaan itu semakin menular bila berlaku tsunami politik di kawasan Kinabatangan yang Bung ketuai apabila beberapa individu keluar parti dan menyertai Pakatan Gabungan Rakyat Sabah(PGRS) yang hanya melibatkan sebilangan kecil pemimpin dan ahli UMNO.

Bagaimana media terutama media maya telah menggempar-gempurkan keadaan seolah-olah satu tsunami politik besar berlaku di bahagian Kinabatangan .

Natijahnya UMNO bahagian itu masih dapat meneruskan persidangan dengan kehadiran lebih 1000 orang perwakilan serta ahli UMNO yang jelas masih bersemangat hadir ke mesyuarat perwakilan bahagian Kinabatangan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan pada 18 mac 2023.

Apa yang jelas isu desakan agar Bung berundur dari menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah ,sebenarnya datang dari pihak parti lawan. Mereka menggunakan pelbagai platform media sosial termasuk portal dalam talian yang dikuasai oleh GRS /PGRS untuk mengemukakan cadangan itu dengan tujuan untuk melemahkan semangat perjuangan UMNO/BN di Sabah.

Hakikatnya kepimpinan Bung sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah masih diperlukan oleh ahli-ahli UMNO di negeri ini.

Ini terbukti apabila Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan semula Bung sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah pada mesyuarat pertama UMNO selepas pemilihan 2023-2026 di ibu pejabat UMNO Malaysia di Menara Dato’ Inn Pusat Dagangan Dunia Putra (WTCKL) Kuala Lumpur pada 22 Mac lepas.

Mengenai perjalanan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian di Sabah yang diadakan serentak di seluru negara pada 18 Mac lepas, hanya beberapa bahagian sahaja yang menyaksikan perjalanan mesyuaratnya terencat kerana ketidak patuhan perjalanan mesyuarat sebagaimana yang berlaku di UMNO bahagian Lahad Datu sehingga kecoh dan berlaku insiden pergaduhan, bagaimanapun ia dapat ditangani oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dipantau sendiri oleh kaki tangan UMNO Sabah.

Begitu juga yang berlaku di UMNO bahagian Sipitang, jumlah perwakilan melebihi jumlah undi yang dikeluarkan menyebabkan UMNO bahagian itu telah diarahkan oleh jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 untuk mengadakan mesyuarat perwakilan semula bagi semua peringkat jawatan di dalam UMNO Bahagian tersebut dimana tarikh masa dan empat akan ditentukan oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah sendiri.

Menariknya di Sipitang ini dilaporkan juga sebuah NGO Islam yang dipimpin oleh bekas pemimpin utama UMNO di bahagian tersebut turut berkempan bagi memastikan kemenangan seorang individu calon untuk memenangi jawatan Ketua bahagian UMNO .

Difahamkan aduan ketidak teraturan perjalanan mesyuarat juga dikemukakan oleh salah seorang calon Ketua Wanita Umno bahagian Kota Belud apabila jumlah undi yang dikeluarkan lebih banyak dari jumlah perwakilan yang hadir sebagaimana yang diumumkan oleh pengerusi tetap persidangan malah dilaporkan ada perwakilan yang bukannya ahli UMNO di bahagian Kota Belud dibenarkan mengundi semasa proses pemilihan diadakan.

Begitu juga turut dilaporkan terdapat ketidakteraturan proses pemilihan semasa mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kota Belud

Perkara itu telah pun dilaporkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat untuk disiasat dan tindakan selanjutnya.

Berbeza apa yang berlaku di Semporna dilaporkan ada perwakilan yang cawangannya tidak dapat atau mengadakan persidangan cawangan juga disaat-saat akhir cawangan tersebut diaktifkan dan menghantar perwakilan .Timbul juga isu ketidakeraturan perjalanan mesyuarat perwakilan di bahagian itu dimana laporan kepada pihak Pengurusan Jawatankuasa Pemilihan UMNO pusat juga telah dikemukakan begitu juga mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda Umno di bahagian itu difahamkan telah ditunda ke satu tarikh yang belum diketahui akan diadakan.

Di bahagian Beluran juga difahamkan mengalami isu yang sama seperti di bahagian Semporna yang menyaksikan Mesyuarat perwakilan bahagian Beluram juga ditangguhkan ke satu tarikh baharu berikutan dakwaan bahagian tersebut telah mengurangkan jumlah cawangan malah ada cawangan yang telah bersidang tidak disenaraikan sebagai perwakilan.

Aduan mereka yang tidak berpuas hati dengan proses pemilihan di bahagian itu juga telah dikemukakan kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat untuk disiasat dan diambil tindakan susulan.

Ada kemungkinan bahagian atau sayap bahagian yang disebutkan ini akan diminta untuk mengadakan mesyuarat pemilihan semula , ini amat bergantung kepada siasatan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat.

Dalam proses pemilihan ini, adalah diharapkan pemimpin serta ahli UMNO Sabah menghormati proses demokrasi yang menjadi amalan dalam sebuah organisasi, dan yang paling penting ialah mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh parti.

Apa yang penting bukannya pemimpin tetapi parti UMNO itu kekal relevan sebagai parti pilihan rakyat di negeri ini khususnya dalam menghadapi pilihanraya umum negeri yang akan diadakan tempoh dua tahun.

Sebagai sebuah parti yang unggul di negara ini, UMNO perlu mempamerkan imej serta pendekatan bijak untuk memenangi hati rakyat kerana keluhuran dalam konsep kerja berpasukan dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan perlu dihayati oleh pemimpin dan ahli UMNO di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles