KOTA KINABALU: Sesungguhnya pelantikan jawatan ini datang dengan satu tanggungjawab dan amanah yang besar.
Demikian ungkapan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin selepas dilantik semula oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, ketika mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang pertama selepas pemilihan 2023 di bangunan UMNO Pusat Dangan Dunia Putra kemarin.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden dan kepimpinan UMNO Pusat atas kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut disamping melantik beberapa pemimpin UMNO Sabah membarisi barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk sesi 2023-2026.
“Sesungguhnya jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan amanah yang tinggi bagi membantu memimpin parti bersama-sama Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,” katanya ketika dihubungi kemarin.
Menurut beliau Amanah serta tanggungjawab tersebut tidak akan membenihkan kejayaan kepada UMNO khusunya di Sabah ,tanpa kerja sama serta sokongan dari pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat di negeri ini .
Sehubungan itu Bung turut menyeru agar semua ahli UMNO bersatu sebagai sebuah keluarga besar serta saling bekerjasama bagi mendapatkan keyakinan rakyat kepada parti tersebut.
“ Insyallah kepercayaan serta Amanah yang diberikan ini akan digalas sepenuhnya dengan memberikan keutamaan untuk memperkukuhkan perpaduan dalam parti khususnya di Sabah untuk berhadapan dengan Pilihanraya Negeri yang dijangka kurang dari dua tahun dari sekarang” katanya
Ujarnya setelah pemilihan parti baru-baru ini mungkin ada rasa kecewa bagi mereka yang tewas dalam pertandingan namun , telah tiba masa untuk semua bertaut kembali sebagai keluarga besar yang saling bahu membahu demi mengembalikan UMNO ke persada kepercayaan rakyat.
“Segala khilaf semasa kempen pemilihan, mari kita lupakan dan saling memaafkan. Era baru dalam UMNO mesti kita mulakan dengan semangat baru ,prinsip serta perjuangan parti jangan kita abaikan jika kita mahu dilihat sebagai sebuah parti yang berwibawa” Jelas Bung
Menurut beliau lupakanlah masa pemilihan parti yang telah berlalu yang menang tidak menang semua begitu juga yang kalah bukan kalah semua setiap ahli UMNO mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam parti.
“ UMNO merupakan sebuah keluarga besar tidak perlu wujudkan sentimen dia orang ini dan itu, kita perlu bersatu padu selepas pemilihan baru-baru ini, fokas dan tumpuan kita untuk memperkukuhkan jentera parti di semua peringkat agar tidak ada pihak memperlekahkan kewujudan UMNO yang turut menyumbangkan kepada pembentukan kerajaan negeri selepas PRN 16” tambah Bung.
Selain Bung yang dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah,Ketua Umno bahagian Tuaran Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah.
Antara pemimpin UMNO Sabah yang turut dilantik ke jawatan AMKT termasuk Ketua Umno bahagian Penampang Datuk Mohd Asnol Datuk Ayub ,Ketua Umno bahagian Kimanis Datuk Mohd Alamin menjadi Ketua Sektretariat Kelab UMNO Luar Negara, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching menjadi Ketua Sekretariat Pertanian Perladangan dan Komoditi, dan Datuk Yakub Khan menjadi Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Sabah