Kurang kemudahan hotel rencat kehadiran pelancong di Libaran – Suhaimi

SANDAKAN: Kekurangan hotel di kawasan tumpuan pelancong seperti di Libaran telah merencatkan kehadiran pelancong di kawasan berkenaan.

Advertisements

Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir berkata Malaysia menjadi pilihan untuk dikunjung oleh pelancong asing adalah kerana kekayaan alam semula jadi serta kedudukan negara terletak di garisan khatulistiwa yang memberikan iklim berbeza berbanding negara-negara di Eropah, Amerika dan Asia Barat.

“Namun begitu, terdapat sedikit masalah yang merencatkan kemeriahan sektor pelancongan di kawasan parlimen Libaran ini apabila kurangnya hotel-hotel di kawasan tumpuan pelancongan.

“Saya berpadangan apabila terdapat lebih banyak hotel-hotel di kawasan tumpuan pelancongan ini sudah tentu ianya akan menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Malaysia atau lebih khususnya ke Sabah dan Libaran,” katanya dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa Pelancongan dan Seni Budaya di Dewan Rakyat, kelmarin.

Beliau menyambut baik peningkatan peruntukan daripada RM 2.2 juta pada tahun 2022 kepada RM 2.3 juta tahun 2023 kepada butiran pembangunan prasarana ini.

“ Saya ingin mengetahui melalui peruntukan sedia ada ini, berapakah jumlah peruntukan yang disediakan khusus kepada parlimen Libaran bagi membangunkan prasarana baru yang lebih berkualiti bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke tempat tarikan pelancongan di Libaran?.

“Apakah stratergi serta perancangan kementerian bagi menaiktaraf prasarana pelancongan yang sedia ada khususnya di parlimen Libaran?,” katanya.

Suhaimi juga turut membangkitkan isu kepada Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya untuk mempermudahkan pemilik inap desa atau homestay bagi memperolehi lesen.

“ Di kawasan parlimen Libaran mempunyai lebih dari 30 buah inap desa atau homestay yang terletak di taman taman perumahan contohnya seperti di Taman Permata, Taman Sejati, Taman Sejati Ujana, Taman Fajar, Taman Fajar Perdana dan pelbagai lagi.

Beliau berkata menerusi peruntukan sebanyak RM 4.2 juta dalam butiran ini, Sejauh manakah kementerian mempunyai data inap desa atau homestay yang berdaftar dengan kementerian khususnya di parlimen Libaran?.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Libaran ini turut bangkitkan kekurangan penerbangan ke Lapangan Terbang Sandakan yang menyukarkan pelacong datang ke Sandakan.

“Melalui peruntukan sebanyak RM 155 juta dalam butiran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, saya ingin mengetahui apakah stratergi serta perancangan kementerian dalam mempergiatkan promosi kawasan kawasan pelancongan yang berada di Libaran?.

“Kawasan parlimen Libaran juga turut mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik seperti di Pulau Selingan, Pulau Libaran, Pulau Tanjung Pisang, Sepilok Jungle Resort, Rainforest Rekreasi, Aisyadelia Paradise Batu 14, Taman Buaya Sandakan, Labuk Bay Batu 19, Sandakan Memorial Park serta Samjaya Mini Zoo yang turut berpotensi untuk menjadi hotspot pelancongan sekiranya ianya dapat dipromosikan dan diperkenalkan dengan baik,” jelasnya.

Beliau juga meminta Perbandaran Kemajuan Kraftangan bagi mempromosikan produk kraftangan rotan di Taman Cahaya dalam parlimen Libaran yang diusahakan oleh golongan orang kelainan upaya (OKU).

Suhaimi menyambut baik peningkatan peruntukan RM79 juta tahun 2022 kepada RM73 juta tahun ini dalam mempromosikan produk kraftangan di negara ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles