Contohi resepi Sabah, Sarawak urus perbezaan – Salleh

KOTA KINABALU: Rakyat boleh belajar resepi daripada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tentang cara mengurus perbezaan mereka, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Advertisements

Beliau berkata Sabah dan Sarawak telah berjaya mengurus perbezaan secara progresif dan konstruktif.

“Memandangkan ahli politik kita terus berbincang dan mengulas mengenai hal ehwal politik semasa di Malaysia, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan kita semua untuk mengambil sedikit masa untuk menyelami perasaan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak mengenai perkara itu,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Beliau berkata adalah penting untuk menghayati nilai-nilai baik rakyat Malaysia, termasuk menerima perbezaan dan kepelbagaian di negara ini.

Salleh yang juga ADUN Usukan berkata terdapat keperluan untuk memahami dan mengiktiraf keluhuran hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, marilah kita pastikan komen dan perbincangan kita menghormati dan mengambil berat tentang masyarakat kita yang pelbagai,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles