Madius mahu BHESS dinaiktaraf jadi sebuah kementerian

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mencadangkan agar
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) di dinaiktaraf menjadi sebuah Kementerian yang mempunyai Ketua Setiausaha yang tersendiri.

Advertisements

Beliau berkata langkah menaiktaraf BHESS yang kini hanya berstatus bahagian di Jabatan Perdana Menteri itu
penting bagi memastikan Perjanjian Malaysia 1963 dapat dilaksanakan selain membawa kedua-dua wilayah itu kedalam arus pembangunan negara.

“Peranan dan tanggungjawab Kementerian ini adalah untuk mempastikan agar pembentukan Malaysia pada tahun 1963 Melalui Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia 1963, Inter Governmental Committee (IGC) Report dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia benar-benar dapat dilaksanakan dengan tata kelola yang menepati kehendak MA63.

“Dan diterjemahkan dalam satu sistem penyampaian kerajaan yang dapat menepati aspirasi persetujuan pemimpin-pemimpin dan rakyat kedua-dua wilayah membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia berasaskan sebuah Perjanjian atau triti Antarabangsa ia itu MA63.

“Harus diingat penandatangan MA63 itu ialah, United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura,” katanya.

Madius berkata demikian dalam ucapan perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
 
Menurutnya, sistem penyampaian Malaysia hari ini berkecamuk, sekaligus memburukkan lagi ketidak seimbangan pembangunan wilayah.

“Tanah besar Malaysia iaitu Wilayah Sabah dan Sarawak terus mundur dan keterbelakang bukan kerana kita terlambat memulakan proses Pembangunan berbanding Semenanjung tetapi akibat ketidakadilan dalam pengagihan peruntukan daripada pungutan hasil persekutuan dan kegagalan melaksanakan MA63 sepenuhnya.
 
“Kesenjangan pembangunan wilayah inilah yang menjadi tumpuan Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang bakal di wujudkan dan YB Menteri BHESS yang ada perlu membuat cadangan kepada Kabinet dengan mengambil pandangan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

“Saya juga mencadangkan supaya Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak berbincang dengan Ketua-Ketua Menteri serta juga Menteri-Menteri Besar daripada negeri-negeri di Semananjung untuk mendapat perspektif yang lebih meluas tentang bagaimana kita dapat membina negara kita Malaysia yang  adil,  saksama dan makmur,” katanya.
 
Madius turut mencadangkan agar BHESS menumpukan perhatian kepada hak-hak Sabah dalam hal revenue sharing sepertimana yang terkandung dalam Seksyen dan (1) dan (2) Perkara 112C dan Seksyen 2 (1)  BAHAGIAN 1V Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berharap Unit Bumiputera Minoriti Sabah dan Sarawak yang pada suatu dahulu begitu aktif melaksanakan Program-program untuk membangun Bumiputera Minoriti Sabah termasuk dalam hal ehwal pengurusan tanah dapat diaktifkan semula.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles