MP Sandakan sertai program bendung nyamuk aedes

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong melancarkan program membanteras nyamuk aedes di daerah itu dalam usaha membendung penularan penyakit demam denggi yang semakin meningkat di Sandakan.

Advertisements

Vivian berkata, program itu juga sebagai membantu pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan sama-sama memusnahkan aedes dan jangkitan demam berkenaan di daerah ini.

Katanya, menerusi program itu, pihaknya akan memberikan khidmat semburan asap secara percuma untuk penduduk kawasan Sandakan P186. 

Sekiranya orang ramai mendapati terdapat pembiakan nyamuk aedes disekeliling rumah atau ada keluarga mereka yang mengalami demam denggi, mereka boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Parlimen Sandakan melalui whatsapp: 0108073313 dengan menyatakan nama, nombor telefon yang boleh dihubungi serta alamat dan situasi yang dialami mereka untuk tujuan semburan kabus itu.

Ketua Unit Tindak Parti Tindakan Demokratik, Chin Yee Kent akan mengetuai unit tindak bagi melaksanakan semburan asap itu dengan bimbingan ahli unit tindak DAP, Liew Jiun Vui.

Mereka akan menjalankan operasi menghapuskan nyamuk aedes untuk orang yang memerlukan dan memastikan persekitaran tempat tinggal warga Sandakan dalam keadaan yang bebas dari denggi.

Pada musim hujan, pembiakan nyamuk aedes semakin meningkat.

“Penduduk Sandakan harus berhati-hati dan terus memastikan persekitaran terus bersih dan bebas takungan nyamuk aedes,” jelasnya.

“Mana-mana sudut yang boleh bertakung air dan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes perlu diperiksa dengan teliti demi keselamatan diri dan keluarga.” Tambahnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles