Anak Sabah Wajar Dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah Atas Semangat MA63

KOTA KINABALU: Anak Sabah wajar dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah sebagai menggantikan PJP Sabah yang bersara bulan ini.

Advertisements

Ini kerana, Pegawai Kanan Polis dari kalangan anak Sabah lebih memahami situasi, trend jenayah dan isu di negeri asal mereka berbanding yang berasal dari negeri lain.

Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd. Zaki Harry Susanto turut berkata, sensitiviti kaum dan agama di Sabah juga lebih mudah dijiwai oleh orang asal Sabah kerana mereka terdedah dengan perkara tersebut sejak awal.

“Kita bukanlah bermaksud mencampuri urusan dalaman PDRM tetapi demi memperkasakan semangat ‘Malaysia Agreement 1963’, tidak ada sebab mengapa anak Sabah tidak boleh dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah di negeri asal mereka.

“Ini kerana, pada masa ini tidak seorang pun anak Sabah menjadi Ketua Polis Negeri atau Pesuruhjaya Polis di mana-mana negeri di Malaysia. Ia satu gambaran kurang sihat kerana anak Sabah seolah-olah tidak mendapat peluang menjawat jawatan yang penting tersebut, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaki berkata buat masa ini, terdapat dua anak Sabah di dalam PDRM yang memakai pangkat DCP iaitu Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Pengarah (Operasi), JPJKK Bukit Aman dan Datuk Jauteh Dikun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Kedua-dua mereka boleh dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah tetapi jika mengambilkira kekananan di pangkat DCP, Datuk Mazli Mazlan adalah jauh lebih kanan, katanya.

“Kita amat yakin, dengan pengalaman luas Datuk Mazli Mazlan yang pernah bertugas di pelbagai jabatan PDRM sebelum ini, beliau mampu menggalas tugas dengan baik jika diberikan peluang.

“Beliau telah membuktikan keberkesanan penugasan di Sabah sebelum ini iaitu ketika menjadi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah sebelum bertukar ke Bukit Aman,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles