UMNO Sabah dibawah pimpinan Bung masih relevan – Zahid

KOTA KINABALU: Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan UMNO Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Bung Moktar Radin masih relevan dalam arena politik negeri.

Advertisements

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan sokongan rakyat terhadap parti itu yang masih utuh biarpun berdepan pelbagai cabaran.

Katanya pemilihan parti bulan ini amat penting bagi memilih barisan pemimpin yang bakal menerajui UMNO untuk tempoh tiga tahun akan datang.

“Jika ditakdirkan calon-calon dari Sabah yang bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO menang dalam pemilihan, kita mahu mereka menjadi nadi suara rakyat untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Memperkenalkan Calon-Calon Majlis Kerja Tertinggi di sini malam ini.

Turut hadir timbalan presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pada majlis itu, Zahid turut mengajak ahli untuk memperkasakan UMNO, sekali gus membantu parti itu bangkit dan kembali ke era kecemerlangan.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudian, Zahid menyeru ahli UMNO supaya menolak calon-calon AMT UMNO yang cenderung mendukung perjuangan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan ahli parti tidak terpengaruh dengan cubaan pihak tertentu yang mengganggu-gugat keutuhan UMNO.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles