Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA BELUD: Walaupun berdepan dengan kekurangan dari segi kemudahan pendidikan dan prasarana namun ianya bukan menjadi halangan bagi pelajar di kawasan luar bandar mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud Azuwan Marjan berkata, dengan dedikasi guru, komitmen pelajar serta sokongan ibubapa ianya akan dapat membantu pelajar luar bandar bersaing untuk memperolei keputusan terbaik dalam bidang akademik.
“Kerjasama semua pihak sekolah, guru-guru ibu bapa dan yang paling penting displin serta kesungguhan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah dan mengulang kaji di rumah adalah ramuan terbaik untuk mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugreh Pelajar Cemerlang (MAPC) Sekolah Kebangsaan Lasau Tintapan dekat sini kemarin.
Azuwan yang merupakan calon Ketua Umno bahagian Kota Belud bagi sesi pemilihan tahun ini berkata alasan sekolah luar bandar kekurangan kemudahan Pendidikan seharusnya tidak dijadikan alasan untuk tidak cemerkang dalam bidang akademik ini kerana telah terbukti sebelum ini banyak pelajar turut bersaing bagi memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan penting yang setaraf dengan pencapaian pelajar di Kawasan bandar.
Beliau menambah, ketika guru terus memperkayakan diri dengan kemahiran dan ilmu baru, pelajar dan ibu bapa juga perlu bergerak memperbaiki keupayaan diri mereka.
“ Galakan serta bimbingan kekeluargaan yang baik penting untuk memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum, selain nilai moral dan disiplin yang tinggi,” jelasnya.
Menurut beliau lagi sokongan kuat PIBG kepada sekolah juga penting untuk memperkuatkan imej dan prestasi sekolah, tambahnya.