Vivian Wong nekad bela nasib rakyat Sandakan

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, berkata, pihaknya akan mengambil seberapa banyak peluang dan usaha untuk mengetengahkan keperluan dan isu pembangunan daerah Sandakan ketika sesi pertanyaan di Kamar Khas Parlimen ketika ini dan pada masa akan datang.

Advertisements

Jelasnya, ia bagi memaklumkan kepada menteri dan pihak berkaitan mengenai masalah yang dihadapi di Sandakan supaya ia boleh diselesaikan dengan segera.

Beliau sangat bersyukur kerana turut berpeluang mempengerusikan sesi soal jawab di kamar khas ini dan melihatnya secara neutral.

Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi peluang mempengerusikan sesi soal jawab bersama menteri-menteri selama satu jam di Kamar Khas pada Sidang Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 Penggal Kedua di Kuala Lumpur.

Sesi Kamar Khas Parlimen itu telah dibuka secara rasmi pada Mei 2016. 

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli parlimen bertanya kepada jabatan berkaitan mengenai isu penting negara, negeri dan tempatan tanpa mengganggu prosiding biasa di Dewan Rakyat.

Pada masa yang sama, mulai tahun ini, setiap ahli parlimen berpeluang dilantik sebagai pengerusi Kamar Khas untuk mempengerusikan mesyuarat, supaya dapat meningkatkan lebih banyak peluang untuk bertanya kepada menteri atau jabatan, dan juga membenarkan ahli parlimen menyuarakan keperluan pembangunan dikawasan demi kesejahteraan rakyat.

Justeru, Vivian berkata, pihaknya akan cuba membawakan isu-isu yang dihadapi penduduk Sandakan menerusi sesi Kamar Khas itu dengan sebaiknya.

Semasa sesi Kamar Khas baru-baru ini, beliau telah berkesempatan bertanya kepada menteri mengenai beberapa isu seperti penambahan fakulti baharu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan untuk menjadikan ia lebih banyak pilihan untuk pelajar tempatan dan tidak memerlukan perjalanan jarak jauh bagi belajar diluar kawasan atau negeri ini.

Selain itu, beliau turut membangkitkan agar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk terus menyediakan lebih banyak projek Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan untuk menangani masalah perumahan setinggan dan keselamatan tempatan yang semakin meningkat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles