MP Libaran Minta Kerajaan Laksanakan Skim Sewa Untuk Beli PPR

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Haji Nasir meminta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan agar melaksanakan cadangan skim sewa untuk beli kepada penyewa asal Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Advertisements

“Cadangan skim ini telah ditawarkan oleh kerajaan pada tahun 2018 tetapi tertangguh ekoran pertukaran kerajaan,” katanya.

Beliau menegaskan rakyat yang menetap di PPR , telah menyuarakan berulang kali berhubung isu berkenaan.

“Mereka masih menunggu perlaksanaan skim berkenaan,” katanya selepas membahas Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Suhaimi memberitahu terdapat 9 buah PPR melibatkan 6080 lot terdapat di daerah Sandakan termasuk Libaran, ada penyewa telah menetap 10 hingga 20 tahun di 8 buah PPR.

“Satu lagi iaitu PPR Batu Putih masih belum dihuni walaupun telah siap lebih empat tahun lepas.

“Penghuni PPR amat mengharapkan kerajaan dapat melaksanakan skim sewa untuk beli,” katanya.

Beliau berkata isu ini dibawa kepada kerajaan untuk melaksanakan cadangan skim berkenaan bagi merealisasikan impian rakyat B40 untuk memastikan mereka ini memiliki kediaman sendiri.

Sementara itu, Suhaimi juga turut mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan lebih gerai penjaja dan peniaga kecil dengan kadar sewa rendah dalam usaha membantu golongan itu menikmati kemudahan peniagaan lebih baik dan kondusif.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles