SEMPORNA Bekas Setiausaha Umno Bahagian Semporna Haji Mohd Syam Muksan berhasrat untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Semporna dalam pemilihan parti Mac ini.
Mohd Syam berkata, beliau mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat tempat di hati rakyat khususnya Parlimen Semporna
“Saya yakin dan percaya dengan pengalaman saya sebelum ini pernah menjadi Setaiusaha Umno bahagian di sini digerakkan dengan idea, semangat juang yang kental, saya dapat menggembeleng segala usaha dan gerak kerja yang sepadu.
“Bersama-sama kita memastikan kebangkitan UMNO dan meyakinkan rakyat khususnya di Semporna agar kembali bertaut kepada UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui di sini selepas menyerahkan borang pencalonan di Pejabat Umno bahagian Semporana kemarin.
Mohd Syam selain pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian juga merupakan prodak dari kilang pemuda Umno dan pernah menjadi Exco Penerangan Pemuda Umno negeri.
Moh Syam percaya beliau mempunyai kelebihan tersendiri untuk menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Semporna di samping mendapat sokongan majoriti daripada akar umbi.
“Saya juga percaya, hubungan baik saya bersama akar umbi dapat membawa semua jentera untuk terus melipat ganda usaha bagi mencapai kemenangan Pilihanraya Negeri akan datang demi agama, bangsa dan tanah air.
“Saya dengan ini bersedia menggalas amanah besar ini, merayu sokongan dan dokongan serta undi seluruh perwakilan di bahagian ini,” katanya.