Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU : Penyandang Ketua Umno bahagian Sipitang Datuk Kamarlin Haji Ombi akan mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti yang dijangka diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.
Kamarlin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lumadan tidak menolak kemungkinan akan ada yang ingin bertanding jawatan disandangnya pada pemilihan itu nanti dan menjelaskan pendirian untuk mempertahankan jawatan itu kerana ingin terus berkhidmat kepada parti setelah Umno berhadapan dengan pelbagai cabaran serta dugaan selepas BN/UMNO menghadapi kekalahan semasa Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14) dan tsunami politik untuk memimpin bahagian itu sehingga ke hari ini.
“Saya berpendapat kepimpinan lama juga tidak harus diketepikan kerana pengalamanan luas mereka yang masih diperlukan parti selain menerima kehadiran pimpinan muda,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kamarlin menganggap senario keinginan dan kesungguhan pemimpin muda untuk bertanding pada pemilihan kali ini sebagai satu perkembangan yang amat positif bagi memberikan laluan kepada mereka berkata, untuk meneruskan legasi UMNO.
Mengenai pemilihan kali ini, Kamarlin berkata pemilihan parti kali ini begitu penting dalam menentu hala tuju parti dan agenda perjuangan membela nasib dan masa depan orang Melayu dan bumiputera
Menurut beliau lagi, sesiapa pun yang akan bertanding mesti berani kedepan untuk memartabatkan dan memulihkan semula imej UMNO yang sebelum ini dilontarkan dengan pelbagai presepsi negetif sehingga menjejaskan sokongan rakyat kepada BN/UMNO
“Kita mahu mencari orang yang ikhlas dan berperinsip berjuang memartabatkan kembali parti keramat ini ,ini penting kerana UMNO pada masa akan datang akan berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran dan kita tidak mahu pihak luar memperlikihkan perjuangan UMNO yang selama ini cukup berjasa kepada bangsa, agama dan negara” jelas Kamarlin
Ketika diminta mengulas perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di bahagian Sipitang Kamarlin berkata ianya berjalan dengan baik dan lancar memontum serta semangat ahli masih begitu tinggi untuk memperkasakan parti UMNO
Untuk rekod pemilihan bagi jawatankuasa cawangan, pemuda, wanita dan puteri cawangan yang berlangsung sehingga 26 Februari iaitu selama 26 hari.
Sementara mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.
“Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac,” katanya