Ronald cadang penambahbaikan Akta Anti Lompat

Ucapan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja Anggota Parlimen Beluaran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Dewan Rakyat

Advertisements

KUALA LUMPUR: Yang Berhormat Speaker,
Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk bersama-sama untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong untuk Penggal Kedua, Parlimen ke-15 ini.
Yang Berhormat Speaker,

Kita sedia maklum bahawa sektor pertanian dan agromakanan merupakan perkara yang penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Usaha-usaha memperkukuhkan sektor agromakanan negara adalah sesuatu yang berterusan seperti usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran domestik, perluasan adaptasi teknologi moden dan mengurangkan kebergantungan kepada keperluan import sekaligus untuk meningkatkan kualiti dan jaminan sekuriti makanan.

Sekuriti Makanan merupakan antara aspek yang diberi perhatian khusus oleh Kerajaan sebelum ini dan hal ini jelas diperlihatkan menerusi penubuhan Jawatankuasa Kabinet Sekuriti Makanan Negara (FSCC). Semenjak penubuhan FSCC, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk merapatkan jurang yang dikenal pasti dalam sistem makanan negara, khususnya bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan yang cukup, selamat, bernutrisi dan mampu beli secara berterusan oleh rakyat.

Kerajaan sebelum ini juga telah melibatkan wakil Kerajaan Negeri dalam Jawatankuasa Eksekutif Sekuriti Makanan Negara serta penubuhan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negara Peringkat Negeri menunjukkan kerjasama yang erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu-isu berkaitan sekuriti makanan negara.

Dalamhalini,sayamenyambutbaik5fokusyangtelahdiumumkanolehYBMenteri MAFS termasuk memperkasa industri akuakultur, memperluas penternakan lembu fidlot, penanaman jagung bijian, meningkatkan penglibatan golongan belia dan memperkasa institut latihan pertanian. Kesemua ini juga merupakan antara perkara- perkara telah kita mulakan dengan pelbagai inisiatif oleh Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian, the work in progress, dengan izin.

Kebanyakan fokus penting juga telah diterapkan di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 bagi memastikan sekuriti makanan negara
berdaya saing dan mampan. DAN 2.0 telah meletakkan pemodenan dan pertanian pintar sebagai key game changer. Tentu sekali saya ingin tahu samada dasar, strategi, inisiatif yang dibuat sebelum ini akan diteruskan oleh MAFS dalam kepimpinan Kementerian sekarang ini.
Yang Berhormat Speaker,

Kerajaan yang stabil adalah kunci utama kepada pentadbiran yang efektif. Berdasarkan kepada situasi selepas beberapa PRU kebelakangan ini maka pada bulan Julai 2022, Kerajaan sebelum ini dengan berani telah membentangkan rang undang-undang anti lompat parti yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 28 Julai 2022 dengan sokongan 209 ahli Dewan yang hadir pada masa itu. Undi yang cukup banyak itu menunjukkan komitmen Dewan ini untuk menyatakan tidak kepada lompat parti walaupun ianya merupakan satu norma dan dibenarkan sebelum itu.

Kerajaansemasamenggubalrangundang-undangantilompatpartitelahmengambil iktibar daripada kes Nordin Salleh & Anor v. Dewan Undangan Negeri Kelantan & Ors [1992] 3 CLJ (Rep) 135 dan kes Abdul Karim bin Abdul Ghani vs Legislative Assembly of Sabah [1988] 1MLJ 171 dan berpendapat cara terbaik adalah dengan meminda Perlembagaan selaras dengan keputusan-keputusan Mahkamah terdahulu.

Sebagairefresher,aktaantilompatpartiitusebenarnyaadalahdalambentukpindaan perlembagaan, secara spesifiknya adalah Akta Perlembagaan (Pindaan) No. 3 2022 [Akta A1663] iaitu pindaan kepada Perkara 10, Perkara 48, Perkara 160, Jadual Ke- 8 dan memasukkan Perkara 49A yang baharu berkenaan kehilangan kerusi bagi mana-mana ahli yang meletak jawatan sebagai ahli parti atau tidak lagi menjadi ahli parti politik atau sebagai ahli bebas dia menjadi ahli sesuatu parti.
10.Pindaan ini adalah sangat baik namun apabila kita melihat kepada pelaksanaan pindaan itu dalam real life situation, terdapat beberapa perkara yang perlu kita tambah baik. Antaranya Fasal (1) Perkara 49A bagi menentukan kehilangan kerusi hendaklah ditentukan oleh Speaker.

Hal ini tentu sekali memerlukan suatu garis panduan yang jelas kerana Perkara 49A hanya bersifat skeleton instruction, dengan izin, yang mana ia perlu dijadikan suatu mekanisme dalam suatu instrumen undang-undang bertulis bagi membantu speaker dalam membuat keputusannya. Dalam aspek ini, “Justice must not only be done, but must also be seen to be done”.
12.Mengambil kira keputusan berkaitan beberapa orang ahli daripada Sabah yang melompat parti baru-baru ini tetapi tidak dianggap melompat parti oleh Speaker, tentu sekali menunjukkan terdapat keperluan untuk kita memperjelaskan proses atau mekanisme berkenaan bagaimana Speaker mencapai pertimbangan dalam membuat keputusan hilang atau tidak sesuatu kerusi itu, dan supaya Speaker sentiasa berpandukan undang-undang serta nasihat terutama daripada Jabatan Peguam Negara.

Ini penting untuk antara lain melindungi Speaker daripada persepsi negatif dan akan dikatakan bertindak secara bias serta berpihak kepada mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi Speaker membuat keputusan solely on his discretion, dengan izin. Perlu diberi penekanan bahawa keadaan sebegini akan terus berulang pada masa-masa akan datang, memandangkan insiden lompat parti secara lazimnya berlaku dari pihak pembangkang ke Kerajaan dan bukan sebaliknya dan Speaker juga walaupun dipilih secara undi adalah juga Speaker yang dicalonkan oleh Kerajaan.

Keadaan konflik ini akan sentiasa wujud dan perlu diperbetulkan supaya keputusan berkenaan kedudukan kerusi di Dewan Rakyat ini dibuat dan dilihat dibuat secara adil dan berkecuali.
Yang Berhormat Speaker,

Sehubungan dengan semua yang saya nyatakan tadi maka saya mencadangkan agar Dewan yang mulia ini boleh mempertimbangkan salah satu daripada tiga perkara yang berikut sebagai instrumen undang-undang untuk membimbing pertimbangan Speaker atau guided discretion, dengan izin, dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah lompat parti atau tidak, iaitu:
a) Pertama, menggubal Akta Lompat Parti yang berdiri secara dengan izin, stand alone atau berasingan dan bukan lagi bergantung semata-mata kepada Perkara 49A sahaja dengan memasukkan keperluan supaya Speaker mendapatkan pandangan Dewan yang mulia ini; atau
b) Kedua, meminda Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dengan memasukkan fasal atau bab berkenaan dengan prosiding penentuan kehilangan kerusi dengan menyatakan tempoh masa untuk notis, rayuan dan sebagainya; atau
c) Ketiga, mewujudkan suatu Jawatankuasa Bebas yang diberikan kuasa untuk menyiasat sama ada betul atau tidak suatu kejadian kehilangan kerusi telah terjadi yang mana laporan Jawatankuasa itu boleh dikemukakan kepada Speaker untuk membantu Speaker membuat keputusan.

Kesemua ini adalah merupakan antara inisiatif bagi membantu Dewan yang mulia ini, dan secara khususnya membantu Speaker dalam membuat pertimbangan yang tepat dan dapat dilihat telus dan berkecuali dan mengelak daripada merujuk kes-kes begini kepada Mahkamah.

Yang Berhormat Speaker,

Satu lagi point mereformasikan Parlimen adalah berkenaan dengan isu hung parliament atau Parlimen tergantung. Laman web parlimen UK menyatakan “a hung Parliament is when no single political party wins a majority in the House of Commons. It is also known as a situation of no overall control.” Dalam hal ini, berdasarkan kepada situasi dan keadaan politik semasa di Malaysia maka kejadian hung parliament ini mungkin akan berulang lagi pada masa hadapan dan mengikut semakan saya, Kerajaan ataupun Parlimen tidak mempunyai garis panduan bertulis atau peraturan yang menerangkan apakah hung parliament dan proses yang boleh diambil jika terjadinya hung parliament.

Kita perlu mengambil iktibar daripada negara India yang mengalami hung parliament kali pertama pada tahun 1989 di Lok Sabha yang mana walaupun Kerajaan berjaya dibentuk namun ia penuh dengan situasi yang tidak menyenangkan memandangkan pada masa itu India tidak mempunyai panduan bertulis berhadapan dengan hung parliament. Ketidaktentuan dengan apa yang hendak dibuat dalam keadaan hung parliament akan menyebabkan pentadbiran negara berada dalam keadaan yang tidak stabil dan mungkin menyebabkan gangguan kepada perjalanan negara jika tidak segera di atasi.

Satu lagi hal yang wujud akibat hung parliament adalah keadaan wujudnya, dengan izin, coalition party yakni gabungan beberapa parti dalam parlimen untuk membentuk kerajaan ataupun pemerintahan kerajaan minoriti. Dalam situasi negara kita, kewujudan coalition adalah paling banyak dipraktikkan tetapi akan ada keadaan yang mana kerajaan minoriti akan dibentuk sebagai contoh kerajaan minoriti Kanada pada tahun 2019.

Suka saya mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini agar satu bentuk manual berkaitan apakah keadaan hung parliament dan minority government serta tindakan yang perlu diambil dalam hung parliament/minority government.

Kita boleh mengambil contoh Manual Cabinet UK yang menyatakan tentang keadaan hung parliament dan tindakan yang boleh diambil oleh Perdana Menteri sebelum itu untuk memulihkan keadaan. Manual UK itu juga menerangkan kesan kegagalan membentuk Kerajaan dan tanggungjawab pegawai awam.

Cuma saya cadangkan kita boleh menambahbaik manual tersebut dengan memberikan peluang kepada parti atau gabungan parti yang paling besar dalam dewan untuk membentuk kerajaan, dan jika gagal, maka parti kedua terbesar dan seterusnya diberikan peluang membentuk kerajaan dalam tempoh-tempoh yang munasabah.

Sebenarnya keperluan untuk mewujudkan satu instrumen yang jelas amat diperlukan seperti yang berlaku selepas PRU yang lepas. Speaker pada ketika itu telah mengeluarkan surat pemakluman yang meminta ketua parti untuk memberikan akuan berkanun (Statutory Declaration – SD) bagi menyatakan bilangan Ahli Parlimen yang menyokong mana-mana individu. Instrumen-instrumen seperti ini yang perlu dijadikan dan ditauliahkan sebagai instrumen tetap dalam manual berkenaan bagi menangani keadaan hung parliament dalam akan datang.
Yang Berhormat Speaker,

Seperti yang kita sedia maklum, pembubaran parlimen adalah budi bicara Yang di- Pertuan Agong selaras dengan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan berkenaan tempoh statutori atau tempoh maksimum parlimen iaitu selama 5 tahun daripada tarikh pertama mesyuaratnya dan setelah itu akan terbubar secara automatik.

Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab Kabinet atau Menteri yang berkenaan, selaras dengan kehendak Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, setelah dilantik di bawah Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan, untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal pembubaran parlimen.

Walau bagaimanapun, acap kali kita melihat bahawa tempoh masa pembubaran yang diusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong digunakan oleh Kerajaan yang memerintah to their advantage, dengan izin. Hal ini menyebabkan terdapat persepsi bahawa Kerajaan mengusulkan tarikh pembubaran yang menguntungkan kedudukan politik mereka. Ini juga menyebabkan keadaan ketidakstabilan yang menggugat ekonomi dan keyakinan pelabur lebih-lebih lagi menjelang tempoh-tempoh akhir penggal Parlimen.

Sudah sampai masa kita perlu mengusulkan tarikh sebenar PRU dalam Dewan yang mulia ini dan tarikh itu boleh dipinda hanya setelah Kerajaan mendapat kelulusan Dewan sebelum ia dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Cadangan ini sebenarnya bukanlah suatu yang baharu tetapi United Kingdom (UK) pernah dilakukan dan walaupun akta tersebut telah dimansuhkan tetapi beberapa pendekatan dalam akta UK itu boleh digunakan sebagai contoh, dalam seksyen 2(1)(a) dan (b),(3),(4),(5) dan (6) Akta tersebut boleh kita gunakan dalam keadaan- keadaan tertentu untuk disesuaikan dengan Parlimen kita. Pembubaran lebih awal daripada tarikh statutori iaitu secara amnya apabila berlaku—
(a) usul untuk membubarkan parlimen lebih awal; atau (b) undi tak percaya atau undi percaya kepada Kerajaan

Justeru, dalam konteks negara kita, proses yang saya sebutkan tadi boleh diambil pakai iaitu dengan membentangkan usul dalam Dewan yang mulia ini jika ahli berhasrat untuk mengadakan PRU yang lebih awal.
Yang Berhormat Speaker,

Point seterusnya untuk mereformasikan parlimen adalah dengan mengadakan peruntukan berkaitan usul undi percaya atau undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Pada masa ini, usul dalam Dewan yang mulia ini secara amnya adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 27 dan peraturan mesyuarat tidak memperuntukan secara spesifik usul tidak percaya atau percaya kepada Perdana Menteri.

Oleh itu, apa-apa usul berkaitan undi kepada Perdana Menteri dibuat sebagai undi biasa. Jika ia adalah usul daripada ahli biasa maka Peraturan Mesyuarat 27(3) menyatakan usul itu memerlukan notis 14 hari dan kita tahu bahawa usul bukan ahli kerajaan tidak akan diutamakan selaras dengan peraturan mesyuarat 15(1).

Usul percaya daripada Menteri pula akan memerlukan tempoh masa hanya 7 hari dan jika ia suatu yang mustahak dan demi kepentingan orang ramai maka Speaker boleh menggunakan kuasanya di bawah peraturan mesyuarat 27(3) untuk membenarkan notis 1 hari sahaja.

Oleh itu, saya mencadangkan agar peraturan mesyuarat 27(3) dipinda bagi membolehkan undi tidak percaya atau undi percaya dibuat kepada Perdana Menteri oleh mana-mana ahli setelah memenuhi syarat tertentu bagi mengelakkan abuse sebagai contoh usul tersebut perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya separuh daripada ahli dewan yang layak mengundi.
Yang Berhormat Speaker,
Saya dengan ini mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles