Banjir di Penampang, Ewon arah Pusat Khidmat bantu Jawatankuasa Bencana Daerah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick mengarahkan pegawai Pusat Khidmat Parlimen Penampang membantu petugas Jawatankuasa Bencana Daerah Penampang untuk menangani situasi semasa banjir di daerah itu akibat hujan lebat sejak petang tadi.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, ini berikutan beberapa kampung dilaporkan dinaiki air.

β€œSaya baru berhubung dengan Pegawai Daerah Penampang (Francis Chong) mengenai situasi semasa banjir di Penampang.

β€œPegawai Daerah telah mengisytiharkan berlakunya bencana banjir dan Bilik Gerakan Bencana telah diaktifkan. Semua petugas jabatan telah diminta bertugas sesuai dengan tugas dan jadual yang ditetapkan.

β€œPusat pemindahan sementara juga dibuka mengikut keperluan dan operasi pemindahan mangsa banjir di lapangan juga dilakukan.

β€œOleh kerana saya berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang Parlimen, saya telah meminta semua pegawai pejabat Menteri saya yang berada di Sabah dan urusetia Pusat Khidmat Parlimen Penampang untuk membantu pusat bencana daerah,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Ewon berkata, beliau akan mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa daripada Pegawai Daerah dan agensi-agensi berkaitan bagi memantau bencana banjir di Penampang.

β€œSaya meminta semua penduduk mengambil langkah-langkah keselamatan sepanjang bencana dan cuaca hujan lebat ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles