SANDAKAN: Dalam lawatan ke Tamu Gum-Gum Batu 16 dan Dewan Gum-Gum , hari ini.
Tamu Gum-Gum Batu 16 bakal berwajah baharu apabila kerja-kerja menaik taraf pasar tamu siap sepenuhnya.
Projek menaik taraf pasar tamu itu telah mendapat kelulusan tahun lepas dari Perdana Menteri (PM) ke-9 dan perlaksanaannya akan dilaksanakan oleh PM ke 10 dengan nilai RM2.5 juta.
Kerja-kerja menaik taraf akan dimulakan tahun ini dan peruntukan itu dari kerajaan persekutuan melalui ICU.
Setelah siap dinaik taraf, pasar tamu ini akan memberi menfaat serta keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.
Selain itu, penaiktarafan pasar tamu ini juga akan meningkatkan pendapatan peniaga dan petani untuk memasarkan produk agro makanan bagi membantu pengusaha kecil memasarkan hasil keluaran sendiri.
Kerja-kerja menaiktaraf Dewan Gum-Gum Batu 16 bernilai RM 450 ribu dan kerja menaiktaraf akan dilakukan.
Dalam pada itu, yang menjadi isu semasa hari ini di Libaran adalah ‘roundabout’ dihadapan Tamu Gum-Gum ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengkaji semula untuk membaikpulih keadaan yang tidak baik dimana apabila waktu puncak berlaku kesesakan yang teruk di hadapan tamu ini.
Saya juga mengharapkan dan insyallah dalam tahun ini, Kampung Gum-Gum ini ada perubahan yang drastis terutama sekali pembangunan rumah kedai yang kini dalam pembinaan yang bakal menempatkan sebuah pasaraya, bank dan lain-lain.
Selain pasaraya servey yang telah bersetuju membuka perniagaannya di bangunan rumah kedai baharu itu, dalam masa terdekat ini saya akan bertemu dengan beberapa pihak lagi untuk membuka perniagaan mereka di kawasan ini.
Insyallah dengan pembangunan yang kita rancang akan dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat ini walaupun masa sekarang ini senario politik yang tidak stabil tetapi kestabilan itu akan kita nikmati melalui pembangunan yang kita rancang.
Pihak JKR dan Majlis Perbandaran Sandakan turut hadir dalam lawatan berkenaan.