KOTA KINABALU: Nabila Norsahar, 28, seorang peguam dilantik sebagai Ketua Srikandi Muda Sabah dalam kepimpinan baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah.
Watikah pelantikan Nabila disampaikan oleh Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia Nurul Fadzilah pada majlis pelantikan Ketua Armada Bahagian dan Barisan Kepimpinan Tertinggi Armada Negeri Sabah di Kota Kinabalu, malam tadi.
Majlis penyerahan pelantikan itu disaksikan oleh Ketua Badan Kepimpinan BERSATU Sabah yang juga Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Nabila berasal dari Darau Sepanggar Kota Kinabalu, lulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga aktif dalam program komuniti menerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Sabah dan Young Sabah Advocate – Sabah Law Soceity.