TEKUN salur pembiayaan RM8.05 bilion sejak tahun 1988

NABAWAN: TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM8.05 bilion kepada 543,657 usahawan di seluruh negara sejak ditubuhkan pada tahun 1998 sehingga 31 Disember tahun lepas.

Advertisements

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, bilangan itu termasuk pembiayaan kepada 23,017 peniaga dari kalangan masyarakat India yang bernilai RM396.8 juta di bawah program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI).

Ewon berkata di Sabah sahaja, TEKUN Nasional telah menyalurkan RM831.9 juta kepada 58,516 usahawan dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pejabat TEKUN Cawangan Pensiangan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup.

Ewon berkata sehingga kini TEKUN telah membuat kutipan bayaran balik sebanyak RM6.1 bilion.

Jumlah itu telah dipinjamkan semula (role-over) sebagai pembiayaan kepada usahawan menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan yang TEKUN keluarkan sebanyak RM8.05 bilion berbanding peruntukan yang disediakan sebanyak RM4 bilion, katanya.

Menurutnya pembiayaan itu berjaya membantu mengembangkan perniagaan usahawan, sekali gus membantu mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN Nasional telah menaikkan had pembiayaan maksimum Skim Pembiayaan Kontrak-i sehingga 200 ribu ringgit mulai Januari ini.

Ewon berkata, peningkatan had maksimum pembiayaan ini dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas serta had nilai perolehan kerja bagi kontraktor G1 adalah bernilai 200 ribu ringgit dan ke bawah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles