Sabah dijangka tampil lebih kuat dalam arena politik negara – SAPP

Oleh Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP

Advertisements

KOTA KINABALU: Satu lagi tahun lunar telah berlalu ketika kita menyambut tahun baru, tahun Arnab.

Secara peribadi dan setelah menganalisa pelbagai cabaran yang dihadapi Sabah, saya yakin Sabah akan tampil lebih kuat berbanding sebelum ini dalam penjajaran semula politik Malaysia baharu yang menunjukkan orde dunia yang tidak menentu dengan pelbagai pemusatan kuasa.

Bertentangan dengan banyak ramalan penganalisis ekonomi seperti yang dilaporkan dalam media, saya percaya bahawa tahun Arnab 2023 bukanlah tahun kemelesetan ekonomi bagi Asia, termasuk Sabah.

Sebaliknya, di Sabah, petunjuk utama pertumbuhan ekonomi seperti peningkatan pelaburan dalam pembuatan, pengeluaran tenaga, pengeluaran makanan, dalam hartanah, pelancongan dan juga logistik akan menyaksikan Sabah terus berkembang lebih sihat berbanding sebelum ini.

Bagi Malaysia pula, mata kita tertumpu kepada keperluan kestabilan politik.

Kelebihan perubahan politik Malaysia sejak perubahan penting pada 2018 ialah rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega bahawa perubahan kerajaan persekutuan tidak membawa kepada kacau bilau dan keganasan jalanan.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia telah melihat lima Perdana Menteri, situasi yang biasa kita guraukan tentang negara lain seperti Itali dan Jepun.

Pesanan saya kepada rakyat Malaysia di Sabah adalah untuk kekal sihat, bekerja keras dan ceria.

Selamat Tahun Baru Cina!
Gong Xi Fa Cai!

Related Articles

253FansLike

Latest Articles