Persatuan Pengguna Bijak Sabah Sokong Hajiji teruskan kepimpinan negeri

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri sehingga habis penggal.

Advertisements

Menurut Presidennya, David Chan, dalam keadaan sekarang, rakyat mengharapkan kestabilan politik bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program kesejahteraan demi kebajikan rakyat dan bukannya pertukaran kepimpinan.

“Pemimpin politik seharusnya duduk semeja jika timbul perselisihan atau sebarang perbezaan pendapat dan bukannya bertindak sehingga mengubah tampuk kepimpinan kerajaan.

“Sebagai sebuah persatuan pengguna kita amat mengharapkan sebuah kerajaan yang stabil dan mampu memacu ekonomi negeri sekali gus menangani pelbagai isu kepenggunaan khususnya masalah inflasi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa bertemu dengan pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata, rakyat hari ini dibebankan dengan masalah kenaikan harga barang sekali gus menyebabkan kos hidup semakin tinggi.

“Sehubungan itu, rakyat dan pengguna memerlukan kepimpinan kerajaan yang stabil bagi membantu agar dapat mengurangkan masalah tersebut.

“Kepimpinan kerajaan serta pembangkang perlu bersatu hati berfikir dan menggerakkan usaha membantu rakyat dan bukannya saling berbalah antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, kepimpinan Hajiji telah terbukti mampu menerajui negeri Sabah dengan baik termasuk membawa lebih RM6 bilion pelaburan ke Sabah.

Tambah beliau, diharapkan dengan pelaburan seperti itu bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menambah baik ekonomi negeri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles