KTC beri sumbangan kepada warga IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Syarikat pengeluaran roti Gardenia dan Creamos terkemuka, Kim Teck Cheong Consolidated Berhad telah menyumbang sebanyak 1,400 buku roti Gardenia kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu di Kepayan, di sini, hari ini.

Advertisements

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dexter Lau diwakili oleh Pengurus Besar, Sylvia Pius Laban ketika menyampaikan sumbangan tersebut kepada oleh Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohammad Zaidi Abdullah.

Dexter berkata, sumbangan itu adalah sebagai tanda penghargaan KTC kepada barisan hadapan terutamanya PDRM yang berkorban masa dan tenaga demi menjaga keselamatan dan memastikan ketenteraman awam termasuk di musim perayaan.

“Ada juga antara mereka yang terpaksa meninggalkan anak dan isteri demi tugas, termasuk di musim perayaan,” kata Dexter.

Mohammad Zaidi mengucapkan terima kasih kepada KTC atas sumbangan tersebut.

“Roti-roti berkenaan akan diagihkan kepada warga IPD KK,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles