Isu-isu liputan internet di Penampang dan Kadamaian dapat perhatian Ewon

KOTA KINABALU: Masalah liputan internet yang kurang memuaskan di kawasan Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian mendapat perhatian daripada Datuk Ewon Benedick, wakil rakyat kawasan itu.

Advertisements

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi meluangkan masa mengunjungi pejabat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini pada Selesa untuk mendengar taklimat mengenai isu-isu liputan internet di kedua-dua kawasan yang beliau wakili.

Taklimat Analisis Liputan Komunikasi bagi kampung-kampung di daerah Penampang dan Pembentangan Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Sabah disampaikan Pengarah SKMM Negeri Sabah Izani Othman, Pengarah (Pembangunan) SKMM Sabah Reuben James Pailus dan Pengarah (Kawalselia) Suhaila Jaffar.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Unit Perancangan dan Pelaksanaan Infrastruktur) Muhammad Rizal Abdul Lani dan Timbalan Pengarah (Unit Pemantauan Kualiti) Izan Afzan Selamat.

Berdasarkan analisis liputan komunikasi bagi aduan kampung-kampung di daerah Penampang daripada 21 buah kampung yang mempunyai masalah internet, beberapa kampung telahpun dimasukkan dalam perancangan pembinaan menara baharu JENDELA Fasa 1.

Menara baharu di bawah Pelan JENDELA Fasa 1 ialah Kg.Kipouvo, Kg.Timpangoh, Kg.Kibunut, Kg.Togudon, Kg.Buayan dan Kg.Timpangoh Sugud.

Manakala projek Broadband Wireless Access (BWA) pula ialah di Kg.Buayan, Kg.Kibambangan dan Kg.Sarapong.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles