PM restui Hajiji kekal Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi restu kepada Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Advertisements

Beliau juga mahu kerajaan Sabah terus kukuh di bawah pimpinan Hajiji.

Anwar berkata satu rang undang-undang penting untuk mengembalikan hak-hak negeri ini akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah esok.

Anwar berharap Ketua Menteri dapat berbincang bagi merealisasikan misi murni itu.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Hajiji dan rakan pimpinan di Sri Gaya malam ini.

Turut hadir timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berada di Sabah bagi membantu mencari formula terbaik menangani kemelut politik di negeri ini.

Politik Sabah mencetus pergolakan selepas pengerusi badan perhubungan Umno Bung Moktar yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Sabah mengumumkan menarik sokongan kepada kerajaan negeri.

Keputusan UMNO dan BN Sabah itu dibuat susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) dilanggar.
Bung Moktar berkata, BN dan PN melaksanakan perjanjian membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020, namun, Hajiji serta pemimpin Bersatu Sabah yang juga komponen PN, keluar parti menyebabkan kerajaan negeri sekarang tiada keabsahan.

DUN Sabah mempunyai 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles